Artikel Terkini

Apa Yang Kita Tahu Tentang Gambar Terbaru Lohong Hitam?

Apa Yang Kita Tahu Tentang Gambar Terbaru Lohong Hitam?
Apa Yang Kita Tahu Tentang Gambar Terbaru Lohong Hitam? 1

Beberapa hari lepas, telah diumumkan saintis berjaya mencerap lohong hitam gergasi galaksi kita iaitu galaksi Bima Sakti (Milky Way) melalui Event Horizon Telescope (EHT).

Lohong hitam ini dikenali sebagai Sagittarius A* dan ia terletak sekitar 26,000 tahun cahaya dari Bumi. 1 tahun cahaya = 9.5 trilion km dari Bumi. Dengan kata lain, imej yang kita lihat ini merupakan imej 26,000 tahun yang lalu.

Sagittarius A* mempunyai jisim 4.3 juta kali ganda lebih tinggi daripada jisim Matahari. Mencerap imej ini ibarat cuba mencerap bola tenis yang terdapat di bulan — sangat susah dan mencabar.

Sebelah kiri merupakan lohong hitam yang pertama kali saintis berjaya cerap iaitu pada tahun 2019, dikenali sebagai M87*. Ia terletak di galaksi Messier 87 iaitu berada di 53 juta tahun cahaya. Dengan kata lain, imej M87* merupakan imej 53 juta tahun lalu. Jisimnya 2,400 bilion lebih tinggi daripada jisim Matahari.

Sebelah kanan pula merupakan imej kedua lohong hitam yang berjaya saintis cerap. Tetapi ia merupakan imej pertama lohong hitam dari galaksi kita sendiri, iaitu galaksi Bima Sakti (Milky Way). Ia dikenali sebagai Sagittarius A* dan terletak di sekitar 26,000 tahun cahaya dari Bumi. Jisimnya 4 juta kali ganda lebih tinggi daripada jisim Matahari.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Beberapa fakta menarik tentang lohong hitam:

1. Lohong Hitam terjadi daripada kematian bintang setelah kehabisan gas nuklearnya. Namun, tidak semua kematian bintang akan melahirkan lohong hitam. Bintang yang benar-benar berat sahaja berjaya menjadi lohong hitam setelah mati. Matahari merupakan contoh bintang yang tidak mampu menjadi lohong hitam setelah mati. Matahari akan jadi kerdil putih.

2. Lohong hitam mempunyai daya graviti yang sangat tinggi sehingga cahaya yang melaluinya akan disedut dan tidak mampu keluar lagi. Sekiranya anda berhajat untuk masuk ke lohong hitam, bersedia untuk tidak kembali lagi ke tempat asal.

3. Ketunggalan (singularity) merupakan kawasan terdalam dan merupakan pusat lohong hitam. Ketumpatannya tidak terhingga. Kawasan di mana ruang-masa (entiti terpenting kewujudan objek dan makhluk) paling teruk diherot. Hukum-hukum fizik dan matematik hancur berkecai apabila cuba untuk memahami hakikat sifat tabii ketunggalan.

4. Masa akan membeku (tidak bergerak) di sisi kita sejurus kita masuk ke dalam lohong hitam kerana daya gravitinya yang terlalu tinggi. Daya graviti mempengaruhi masa. Semakin tinggi graviti suatu kawasan, semakin perlahan masa bergerak. Amnya, kita tidak akan sedar kita telah memasuki lohong hitam sebab masa tidak lagi bergerak di sisi kita.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

5. Kita akan mati apabila memasuki lohong hitam. Sejurus kita memasuki lohong hitam, tubuh badan kita akan ditarik dan memanjang seperti mana kita menarik getah.

6. Sekiranya lohong hitam bertembung dengan lohong hitam lain, kedua-duanya akan bergabung dan menjadi lohong hitam yang lebih besar.

7. Semua objek berjisim boleh menjadi lohong hitam (bukan secara semulajadi) apabila dimampatkan sehingga melepasi radius Schwarzschild. Malah, manusia pun boleh menjadi lohong hitam sekiranya dimampatkan sehingga 10^-23 cm (saiz yang lebih kecil daripada atom). Matahari boleh menjadi lohong hitam kalau radiusnya dimampatkan sehingga 3km.

8. Menurut teori Stephen Hawking, lohong hitam melepaskan sinaran yang dipanggil Sinaran Hawking (Hawking Radiation). Disebabkan ini, lohong hitam sebenarnya semakin lama semakin mengecil melalui proses penyejatan. Tetapi proses ini mengambil masa yang tersangat lama. Suatu hari nanti, lohong hitam akan mati jua.

Apa Yang Kita Tahu Tentang Gambar Terbaru Lohong Hitam? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list