Dengan pelancaran siri peranti iPhone 14, Apple turut memperkenalkan sebuah fungsi baru yang tidak dilihat pada mana-mana peranti pintar sebelum ini, iaitu Emergency SOS via Satelite.

Apple baru-baru ini telah mengesahkan bahawa mereka telah membelanjakan $450 juta (~RM2 bilion) untuk membangunkan infrastruktur untuk ciri ini. Apple juga telah bekerjasama dengan pembekal satelit Globalstar untuk memastikan ciri ini berfungsi sebaik yang mungkin.
Perbelanjaan Apple keatas Globalstar bukan sahaja terhad kepada infrastruktur satelit dan stesen di bumi, termasuklah para pekerja syarikat tersebut. Menurut Apple, seramai 300 para pekerja akan bertanggungjawab untuk memastikan para pengguna peranti Apple yang menggunakan ciri Emergency SOS via Satellite mempunyai individu yang menjawab sebarang pertanyaan mereka.

Globalstar mempunyai 24 satelit yang mengelilingi bumi dan kesemuanya digunakan untuk menerima mesej daripada pengguna peranti iPhone 14 yang memerlukan bantuan, dan mesej ini dihantar ke bumi di stesen-stesen yang mana pihak Globalstar akan menghantarkan isyarat tersebut kepada pihak kecemasan yang mana mereka akan berinteraksi dengan pengguna untuk membantu mereka yang mungkin sesat dalam hutan ataupun memerlukan bantuan fizikal.

Walaupun satelit dan stesen-stesen ini mengorbit dan hadir di serata dunia, fungsi Emergency SOS via Satellite ini hanya hadir untuk pasaran Amerika Syarikat dan Kanada pada bulan ini.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo