Artikel Terkini

Arab Saudi akan panjangkan tempoh pinjaman minyak buat Pakistan

Arab Saudi akan panjangkan tempoh pinjaman minyak buat Pakistan
Arab Saudi akan panjangkan tempoh pinjaman minyak buat Pakistan 1

RIYADH, 29 Ramadan 1443H, Ahad – Arab Saudi akan memanjangkan tempoh pinjaman minyak buat Pakistan dan sedang mempertimbangkan untuk memberikan deposit dolar kerana negara Asia Selatan itu dilihat sedang mengekang salah satu kadar inflasi tertinggi di Asia serta mengelakkan krisis akaun semasa.

Kerajaan Arab Saudi sedang membincangkan pilihan termasuk melanjutkan tempoh deposit AS$3 bilion dengan Bank Negara Pakistan, kata negara itu dalam satu kenyataan bersama pada Ahad selepas Perdana Menteri, Shehbaz Sharif bertemu Putera Mahkota, Mohammed bin Salman.

Pakistan mengalu-alukan keputusan Arab Saudi untuk melanjutkan perjanjian membiayai eksport minyak mentah dan derivatif minyak, menurut kenyataan itu, yang tidak menawarkan butiran lanjut.

Shehbaz, yang memegang jawatan Perdana Menteri bulan lalu selepas pembangkang bersama menggulingkan Imran Khan, berdepan tugas sukar dari segi politik untuk menghentikan subsidi bahan api kerajaan terdahulu dan menaikkan harga pam jika beliau ingin mendapatkan pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa.

Bantahan anti-inflasi sudahpun menggegarkan bahagian rantau itu apabila perang di Ukraine mencetuskan peningkatan kos daripada minyak mentah hingga arang batu.

Terdahulu, Arab Saudi menjanjikan bantuan AS$4.2 bilion kepada Pakistan apabila Imran Khan melawat kerajaan itu pada Oktober.

Itu termasuk deposit AS$3 bilion kepada Bank Negara Pakistan untuk membantu menambah rizabnya dan kemudahan untuk membiayai perdagangan derivatif minyak bernilai AS$1.2 bilion pada tahun itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Arab Saudi akan panjangkan tempoh pinjaman minyak buat Pakistan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list