Artikel Terkini

“Arrian Bukan Anak Luar Nikah, Tolonglah!”

“Arrian Bukan Anak Luar Nikah, Tolonglah!”
“Arrian Bukan Anak Luar Nikah, Tolonglah!” 1

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kisah perceraian pelakon Fatin Afeefa apabila bekas suaminya, Adam Shahz didakwa mengungkit soal nafkah serta anak-anak.

Memetik Xtra, Fatin menjelaskan dia tidak pernah menghalang bekas suaminya untuk berjumpa kedua anak mereka iaitu  Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia mahupun memburukkan bapa kepada anak-anaknya.

BACA: Fatin Afeefa Mengamuk Bekas Suami Ungkit Kisah Cerai?

@xtra_my

Replying to @Angel Mybaby Semoga ada jalan penyelesaian antara mereka dan dipermudah segalanya ?????? #fyp #xtramy #fatinafikah #adamshahz #anak #luarnikah #fitnah #saman #beritaditiktok #sembangentertainment

? original sound – XTRA – XTRA

“Saya tak pernah halang dia jumpa anak-anak. Saya tak pernah buruk-burukkan bapa anak saya. Sangat kebudak-budakkan untuk sentuh mengenai anak saya. Anak saya Arrian bukan anak luar nikah, tolonglah!

“Selama ni tak pernah contact anak, ini tiba-tiba cakap nak jaga. Anak kau dah pandai cuci pinggan, lipat baju baru nak jaga. Time dia kecik tak nak pulak kau jaga. Dia lebih layak dengan saya.

“Dia bagi nafkah pada anak tapi setahun je, saya ada resit. Cuba tanya dia resit untuk empat tahun kebelakang mana?Tak ada. Saya tak pernah minta dia bayar balik nafkah,” katanya.

Fatin berkata dia juga langsung tidak takut untuk ‘berlawan’ di mahkamah berkenaan hak penjagaan anak-anak kerana yakin dia lebih berkemampuan.

“Saya langsung tak risau sebab saya tahu court case saya akan menang. Saya lagi berkemampuan untuk jaga anak saya.

“Saya nak dia start dulu isukan hal mahkamah, saya boleh jawab sekarang tapi saya nak dia keluarkan duit dia dulu. Selama ni asyik saya berlawan dan keluarkan duit,” katanya.

Dalam pada itu, Fatin turut mengatakan dia sudah bersedia jika Adam mahu mengambil tindakan undang-undang berhubung isu tersebut. Kata Fatin lagi, dia sudah pun move on daripada kisah lalu mereka serta mengatakan bakal berkahwin dengan teman lelakinya.

“Macam ni Adam awak buat saya, saya doakan rezeki dia dimurahkan. Kalau nak saman, tolonglah saman saya. Peguam saya dah ready ada semua dokumen.

“Saya dah lebih dari bersedia cuma saya nak awak keluarkan duit dulu sebab saya dah penat nak keluarkan duit saya dulu. Saya dah tak larat, dah lima tahun.. saya dah move on,” katanya.


“Arrian Bukan Anak Luar Nikah, Tolonglah!” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list