Artikel Terkini

Bagaimana Samurai Boleh Wujud Di Jepun?

Bagaimana Samurai Boleh Wujud Di Jepun?
Bagaimana Samurai Boleh Wujud Di Jepun? 1

Budaya Jepun sebenarnya tidak begitu bersatu. Peringkat sosialnya disusun mengikut darjat seperti daimyo atau ronin misalnya. Hanya selepas Revolusi Maharaja Mutsuhito (Mikado Meiji) barulah Jepun bangkit menjadi sebuah negara yang bersatu. Sebelum baginda, Maharaja Jepun sendiri tidak kuasa – perlu ikut tradisi iaitu biar para shogun memerintah.

Perbincangan pasal darjat Jepun takkan lengkap tanpa membicarakan pasal samurai. Semua orang pernah dengar tentang samurai. Ramai rata-ratanya kagum melihat kemahiran seorang samurai dalam menggunakan sebilah katana. Walau bagaimanapun, video-video yang berlegar di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube pasal samurai sebenarnya tidak boleh diambil sebagai unsur sejarah.

Peranan samurai dalam media sosial tidak sama untuk dibandingkan dengan samurai dalam sejarah Jepun. Samurai zaman sekarang lebih pada kegiatan profesional. Manakala samurai zaman dulu adalah sebuah unit kebangsawanan yang berkasta tentera.

Timbulnya Samurai Di Jepun

Struktur samurai tidak terjadi secara sekelip mata. Prosesnya mengambil masa beberapa abad. Sejarawan berpendapat yang tunas sistem samurai berputik semasa zaman pemerintahan Maharaja Tenji pada tahun 646. Pada tahun tersebut, Dinasti Tang dan Kerajaan Silla berjaya menewaskan Jepun Yamato yang katanya jauh lebih ramai.

Apabila Dinasti Tang dan Kerajaan Silla bergabung.

Kekalahan ini menyebabkan pemerintah Jepun berundur daripada urusan Korea. Senang cakap, Jepun memperbaharui sistem kerajaan yang memangkinkan penubuhan “Gundan-Sei”… iaitu angkatan ketenteraan yang dikecualikan cukai asalkan berjuang demi negara.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

“Gundan-Sei” terdiri daripada 12 pangkat. Semua anggota berpangkat pertama sampai keenam digelar “samurai”. Buat beberapa abad, samurai hanyalah suatu pangkat anggota biasa yang perlu menguruskan hal-hal harian. Pangkat ini bercambah menjadi kasta disegani semasa Zaman Kamakura (1185-1333), ketika Jepun menggunakan sistem feudalisme.

Darjat Di Dalam Sistem Keshogunan Jepun

Semua mungkin boleh agak macam mana samurai naik daripada bawah. Kalangan ini turun ke medan untuk berjuang. Jadi saban zaman, imej mereka bertambah kualiti “pahlawan agung” pada mata rakyat (Kishida & Mishina, 2004).

Gambar lama seorang samurai.

Seorang samurai ibaratkan contoh tauladan sampai pengaruh mereka mencurah. Masuk saja Zaman Kamakura, kalangan samurai menjalinkan persefahaman antara satu sama lain. Mereka tidak lagi berpecah belah mengikut unit masing-masing. Secara tidak langsung, mereka mempunyai suara dalam pentas politik sampai terbentuknya “kerajaan samurai”.

Bagi menjaga kualiti seorang samurai, setiap anggota wajib menjaga tingkah laku. Setakat cakap mulut saja tidak berguna. Institusi samurai mewujudkan kod bushido yang menjadi hukum-hakam utama di sebalik kehidupan samurai. Bangsa Jepun pula tidak pernah putus dibawah naungan monarki.

Kalau ikut mitos, Jepun dipimpin Sang Maharaja sejak 11 Februari 660 S.M. Tetapi sejarah meletakkan 11 Februari 539 (selepas Masihi) sebagai tarikh permulaan kemaharajaan Jepun. Walaupun nama “maharaja”, raja Jepun tidak maha langsung.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Berabad-abad, maharaja Jepun memegang kuasa istiadat semata-mata. Kerana kuasa kepimpinan dicengkam para shogun. Senang cakap beginilah – 10 negeri ada 10 shogun dan seorang maharaja. Setiap shogun paling berkuasa. Dan para samurai memastikan shogun kekal berkuasa mengatasi maharaja… sampailah zaman Meiji.

Satu Dan Semua

Maharaja Meiji sebenarnya tidak menghapuskan sistem feudalisme di bumi Jepun. Banyak faktor yang memainkan peranan. Tetapi kalau tengok secara terperinci, tangan-tangan golongan pro-feudalis sendiri yang meranapkan sistem mereka.

Apabila sistem ini menjadi abu, Maharaja Meiji berada di atas… seorang penguasa yang suci tanpa sebarang parut kesisteman. Apabila Meiji berkuasa, para samurai tersentak melihat pengaruh mereka terluntur.

Para samurai Satsuma menyerah kalah pada kalangan pro-maharaja.

Kerana Meiji meletakkan senjata dalam tangan setiap anak Jepun. Tiada lagi istilah “kasta pedagang”, “kasta peniaga”, “kasta pekerja”, “kasta ronin”, “kasta samurai”, “kasta daimyo” dan “kasta shogun”. Yang ada hanya “rakyat Jepun dibawah Maharaja”.

Apa yang berlaku sebenarnya mudah difahami begini: semua rakyat Jepun sekarang adalah samurai (Wills, 2017). Hukum-hakam bushido sekarang diamalkan setiap anak Jepun. Maka sistem samurai itu sendiri sudah sebati sebagai “sistem Jepun”.


Kalau anda berminat dengan artikel sejarah Jepun ini, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru kami, KITAB TAMADUN JEPUN di Shopee kami dipautan: bit.ly/KTJShopee

RUJUKAN:

Kishida, T., & Mishina, K. (2004). The Yasukuni Swords: Rare Weapons of Japan, 1933-1945. Kodansha International. Halaman 42.

Wills, M. (2017, Disember 29). Whatever Happened to the Samurai? J Stor.

Bagaimana Samurai Boleh Wujud Di Jepun? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list