Artikel Terkini

Baru 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Anak Jalan-Jalan

Baru 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Anak Jalan-Jalan
Baru 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Anak Jalan-Jalan 1

Beberapa hari lalu, doktor pakar kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, Dr Amalina Che Bakri memaklumkan selamat melahirkan cahaya mata sulung di Hospital St. Thomas.

Menerusi satu entri, Dr Amalina berkongsikan berita gembira itu serta memuat naik gambar anak perempuannya yang diberi nama, Arabella Mia.

BACA: Dr Amalina Dedah Wajah Anak, Beri Nama Arabella Mia

Semalam, perkongsian Dr Amalina mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa keping gambar bersama puteri kesayangannya.

Dalam foto tersebut, Dr Amalina dilihat sedang bersiar-siar bersama anaknya yang berada di dalam stroller sambil menikmati udara segar.

Melihatkan foto tersebut, apa yang menjadi perhatian ramai Dr Amalina dilihat sihat dan bertenaga meskipun baru saja 4 hari melahirkan cahaya mata.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengagumi Dr Amalina yang kuat untuk keluar rumah tanpa menunggu habis tempoh berpantang.

Kata netizen lagi, sebagai seorang doktor pasti Dr Amalina tahu tentang kesihatan dirinya dan tidak perlu sibuk bertanya sama ada dia berpantang atau tidak.

Dalam pada itu, ramai memuji Dr Amalina kelihatan cantik meskipun baru sahaja bersalin. Malah, ada segelintir wanita yang membandingkan diri mereka yang tidak terurus selepas bersalin.

Baru 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Anak Jalan-Jalan 2Dr Nur Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles di Masjid Central London pada 31 Mac tahun lalu.


Baru 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Anak Jalan-Jalan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list