Artikel Terkini

Bayar Zakat Hampir RM1 Juta, Aliff Syukri Sebak Dapat Penghargaan

Bayar Zakat Hampir RM1 Juta, Aliff Syukri Sebak Dapat Penghargaan
Bayar Zakat Hampir RM1 Juta, Aliff Syukri Sebak Dapat Penghargaan 1

Sebut saja nama Datuk Seri Aliff Syukri, sememangnya ramai tahu usahawan kosmetik itu sering terpalit dengan kontroversi lebih-lebih lagi dengan cita-citanya mahu menjadi penyanyi nombor satu negara.

Baru-baru ini, perkongsian Aliff menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan kepada netizen menerima penghargaan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

BACA: “Tokti Penyanyi Wanita Nombor 1, Saya Penyanyi Lelaki Nombor 1 Malaysia” – Aliff Syukri

Menerusi entri itu, Aliff meluahkan rasa sebak dengan penghargaan diterima apabila dia merupakan pembayar zakat terbesar di Selangor dengan bayaran mencecah RM1 juta pada tahun 2021.

Aliff sempat berkongsi cerita ketika di awal penglibatannya dalam perniagaan kira-kira 15 tahun yang lalu. Menurut Aliff ketika itu dia hanya mampu membayar RM7 sagaha setiap bulan dan terus berazam  untuk membayar lebih suatu hari nanti.

“Dulu masa saya mula niaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM 7 zakat setiap bulan,tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan iainya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras!!

“Alhamdulillah hari ni jadi kenyataan,tidak la hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya,” tulisnya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan usahawan itu dikurniakan rezeki melimpah ruah.


Bayar Zakat Hampir RM1 Juta, Aliff Syukri Sebak Dapat Penghargaan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list