Artikel Terkini

Belgium Buat Kuarantin Demam Monyet (Monkeypox) Tanda Pandemik Baru?

Belgium Buat Kuarantin Demam Monyet (Monkeypox) Tanda Pandemik Baru?
Belgium Buat Kuarantin Demam Monyet (Monkeypox) Tanda Pandemik Baru? 1

Tahun 2020 mengubah pandangan orang ramai tentang kesihatan. Sebelum ini, istilah “pandemik” hanya wujud dalam sejarah dan fiksyen semata-mata. Kalau fiksyen sekalipun, mesti membawa konsep zombi bagai. Pandangan ini diperkukuh kepercayaan pada industri kesihatan yang sememangnya maju.

Tambah pula industri vaksin sudah memasuki fasa zaman keemasan sampai boleh buat vaksin baru dalam masa empat tahun. Namun pergerakan manusia terlalu cepat dengan pengangkutan pantas. Dan tubuh badan manusia tidak pernah berubah – senantiasa lemah. Maka SARS-CoV-2 membina kubu ke mana-mana saja ia pergi, sampai terjadilah pandemik COVID-19.

Seluruh dunia sedang menyapu ubat pada luka di lutut… kerana terlalu lama melutut pada COVID-19. Istilah “kuarantin” dan “perintah berkurung” satu masa dahulu sangat janggal. Sekarang kedua-duanya menjadi sebahagian daripada cara hidup. Maka apabila demam cacar monyet merebak di beberapa tempat, kerajaan negeri (dan negara) tidak mengambil peluang.

Asal-Usul Demam Cacar Monyet

COVID-19 telah meninggalkan perasaan trauma dalam kalangan kerajaan global. Banyak kerajaan menggunakan mekanisme sama untuk menangani penyebaran demam cacar monyet. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan virus daripada monyet – pertama kali ditemui dalam kalangan Macaca fascicularis pada tahun 1958.

Macaca fascicularis.

Namun virus ini boleh melompat. Pada tahun 2003, Amerika Syarikat dikejutkan dengan penyebaran virus cacar monyet yang didapati berpunca daripada “prairie dog” dan tikus Gambia.

Jadi pemudah kata: bukan senang untuk tahu asal-usul virus cacar monyet. Silap-silap jangkit pada haiwan peliharaan – kemudian lompat ke manusia. Tengok pada keadaan di Afrika Tengah, penyakit demam cacar monyet boleh membunuh seorang dalam 10 pesakit (Marriott, et al., 2008).

Tengok macam mana ruam menggelembung.

Kalau badan rasa tidak sedap, jangan panik – tidak semestinya demam cacar monyet. Itu mungkin sebab sudah lama membujang. Demam cacar monyet selalunya datang dengan pakej ruam sangat teruk, hampir sama dengan demam campak biasa (McCollum & Damon, 2014).

Langkah Belgium Yang Wajar Dipuji

Pihak WHO melaporkan 92 kes baharu dalam 12 buah negara. Jadi sekarang, demam cacar monyet sudah menampakkan bibit-bibit pertama untuk menjadi pandemik. Untuk mencegah daripada kecelakaan lebih besar, kerajaan Belgium mengisytiharkan perintah kuarantin berwajib selama 21 hari bagi sesiapa yang suspek terkena demam cacar monyet (Gilchrist, 2022). Itu siapa yang suspek. Kalau positif, lagilah kena berkuarantin.

Terjadi pada kanak-kanak.

Buat masa ini, penyakit ini sudah sampai di Amerika Syarikat, Eropah dan Amerika Selatan berpunca mungkin daripada Nigeria. Sepanyol dan Portugal saja sudah mencatatkan 72 kes. Maka wajarlah mereka bergegas untuk tutup pintu. Tetapi apakah penyakit cacar monyet boleh jadi pandemik?

Jawapan pendek: sangat, sangat, sangat susah.

Pertama sekali, mentaliti pandemik masih ada. Dan kedua dan paling utama sekali, negara-negara maju semua sekufu untuk memastikan rantaian penyakit terputus pada waktu paling awal.

Dua faktor ini menyusahkan hidup penyakit cacar monyet. Malah mengambil iktibar daripada COVID-19, pihak kerajaan global pantas bergerak supaya rasisme dikekang tanpa sebarang stigma sosial terhadap masyarakat Nigeria. Eropah mencatatkan angka tinggi kerana orang ramai berkumpul untuk perayaan musim panas. Jadi dengan cara bercakna, penyakit ini boleh dipatahkan.

Sekarang pihak kesihatan sedang gigih mengenal pasti kontak rapat setiap pesakit. Kontak rapat ini akan diberikan vaksin cacar monyet MVA-BN (didagangkan sebagai Jynneos di Amerika Syarikat). Vaksin ini adalah hasil daripada penyelidikan syarikat Bavarian Nordic yang berpusat di Denmark. Syarikat ini serba mampu untuk menghantar berjuta-juta dos dalam masa sekejap.

Jadi kalian boleh tidur lena. Sebab cacar monyet sedang dikawal. Perangai monyet yang komen tanpa baca artikel yang takkan mungkin ada vaksin untuk mencegah sebelum simtom kebangangan menonjol.

RUJUKAN:

Gilchrist, K. (2022, Mei 23). Belgium becomes first country to introduce mandatory monkeypox quarantine as global cases rise.

Marriott, K., et al. (2008). Clonal vaccinia virus grown in cell culture fully protects monkeys from lethal monkeypox challenge. Vaccine. 26 (4): 581-588.

McCollum, A., & Damon, I. (2014). Human monkeypox. Clinical Infectious Diseases. 58 (2): 260-267.

Belgium Buat Kuarantin Demam Monyet (Monkeypox) Tanda Pandemik Baru? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list