Artikel Terkini

Benzema ucap selamat tinggal kepada Perancis

Benzema ucap selamat tinggal kepada Perancis
Benzema ucap selamat tinggal kepada Perancis 1

PARIS – Pemenang Ballon D’Or, Karim Benzema mengucap selama tinggal kepada Perancis apabila mengumumkan dia menamatkan karier antarabangsanya semalam.

Keputusan itu dibuat sehari selepas Perancis tewas pada final Piala Dunia kepada Argentina.

Benzema menarik diri daripada skuad Piala Dunia sebelum perlawanan pertama di Qatar kerana kecederaan paha kiri yang dialami dalam latihan.

Dia yang berketurunan Algeria meledak 37 gol dalam 97 penampilan buat Perancis,

“Saya bangga dengannya! Saya sudah menulis cerita saya dan hubungan kita berakhir.” tulis di Twitter miliknya.

Benzema, yang menang anugerah Ballon d’Or sebagai pemain terbaik dunia pada Oktober, terdesak untuk tampil pada Piala Dunia kali ini selepas gagal terpilih ketika Perancis menjadi juara dunia di Russia empat tahun lalu.

Dia diketepikan daripada skuad Perancis selama lima tahun setengah kerana terbabit dalam skandal ugutan membabitkan rakan sepasukan, Mathieu Valbuena.

Untuk Piala Dunia Qatar, jurulatih Didier Deschamps memilih untuk tidak memanggil pengganti lain dalam skuad diketuai pemain berusia 23 tahun, Kylian Mbappe.

Penyerang Paris Saint-Germain, Mbappe menang Kasut Emas dengan lapan gol, termasuk hatrik pada penentuan penalti menentang Argentina selepas terikat 3-3 pada masa tambahan.

Sementara itu, Benzema yang meledak ketika penampilan pertamanya pada Mac 2007 berdepan Austria tidak pernah mengecapi kegemilangan bersama Perancis kecuali Liga Negara-Negara 2021. – MalaysiaGazette

Benzema ucap selamat tinggal kepada Perancis 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list