Artikel Terkini

Berat Hati Untuk Berpisah, Ibu Simpan Jasad Anak Seminggu Dalam Rumah Sampai Reput

Berat Hati Untuk Berpisah, Ibu Simpan Jasad Anak Seminggu Dalam Rumah Sampai Reput
Berat Hati Untuk Berpisah, Ibu Simpan Jasad Anak Seminggu Dalam Rumah Sampai Reput 1

Berat Hati Untuk Berpisah, Ibu Simpan Jasad Anak Seminggu Dalam Rumah Sampai Reput

Hanya kerana berasa berat hati untuk berpisah dengan anak, seorang wanita berusia 80-an bertindak menyimpan jasad seorang lelaki yang dipercayai anak lelakinya selama seminggu di dalam rumah di sebuah flat di Singapura.

Dah seminggu jiran tak keluar rumah

Berat Hati Untuk Berpisah, Ibu Simpan Jasad Anak Seminggu Dalam Rumah Sampai Reput 3

Menerusi laporan Mothership, jiran di flat berkenaan mengatakan bahawa lelaki berusia 54 tahun itu kebiasaannya akan keluar rumah seawal jam 8.00 pagi untuk menjemur pakaian atau menyiram pokok bunganya.

Namun apa yang lebih menghairankan lagi adalah sudah seminggu individu tersebut tidak melihat kelibatnya bahkan tidak menyangka bahawa lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.

Dalam pada itu, seorang lagi jiran mendedahkan dia terhidu bau yang sangat busuk dan tengik sejak seminggu yang lalu tetapi tidak tahu dari mana puncanya.

Walau bagaimanapun, apabila bau itu semakin teruk, mereka membuat keputusan untuk menghubungi pihak polis kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada penghuni rumah berkenaan.

Ketika pihak polis masuk ke rumah terbabit, alangkah terkejutnya apabila mereka menemui jasad seorang lelaki yang sudah reput dalam keadaan tertunduk di ruang tamu dan dihurung lalat.

Si ibu menangis tengok jasad anaknya dibawa polis

Berat Hati Untuk Berpisah, Ibu Simpan Jasad Anak Seminggu Dalam Rumah Sampai Reput 4

Menurut saksi, si ibu dilihat mengalirkan air mata kerana mungkin agak berat baginya melihat anak kesayangan dibawa keluar daripada rumah terbabit.

Sebaik sahaja pihak polis masuk ke dalam rumah, saya dengar warga emas itu menangis. Mungkin dia rasa berat hati anak dia diambil.

Saya rasa sedih tengok dia menangis. Lagipun anaknya yang ‘pergi’ dahulu berbanding ibunya.

Setelah pihak polis beredar, si ibu yang memakai baju tidur serta berkaca mata dirakam mula membersihkan kawasan rumah berkenaan. Malah tidak lama selepas itu, dia dibantu oleh seorang lagi wanita berbaju biru.

Difahamkan, wanita berkenaan dan anaknya itu sering menyepi dan tidak pernah bercakap dengan jiran. Malah, dia akan pulang ke rumahnya jika dia melihat penghuni flat lain berada di situ.

Sementara itu, kes berkenaan masih lagi berada dalam siasatan pihak polis untuk mencari punca disebalik insiden terbabit.

Sumber : Mothership, Shin Min Daily News

Berat Hati Untuk Berpisah, Ibu Simpan Jasad Anak Seminggu Dalam Rumah Sampai Reput 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list