Artikel Terkini

Berhati-hati ketika lalu KM40-45 Lebuhraya KL-Karak

Berhati-hati ketika lalu KM40-45 Lebuhraya KL-Karak
Berhati-hati ketika lalu KM40-45 Lebuhraya KL-Karak 1

KUANTAN – Pemandu yang menggunakan Kilometer 40 sehingga 45 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dinasihati supaya berhati-hati ketika melalui jalan tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, laluan selepas Genting Sempah dari arah timur selalu berlaku kemalangan ekoran keadaan yang gelap.

Terbaharu, berlaku kemalangan membabitkan lima buah kenderaan membabitkan dua buah treler dan tiga buah kereta pada jam 12.45 tengah hari tadi di Kilometer 43.

Berhati-hati ketika lalu KM40-45 Lebuhraya KL-Karak 2
Superintenden Zaiham Mohd Kahar

“Saya menasihati semua supaya pemandu tingkatkan waspada, hari ini juga ada lima buah kenderaan kemalangan di situ membabitkan kesemua warga tempatan berusia 32 hingga 55 tahun” katanya sambil menambah tidak nyawa terkorban dalam insiden tersebut.

Menurut Zaiham, hasil siasatan mendapati sebuah treler yang membawa muatan besi mengalami masalah brek menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan dan terlanggar bahagian belakang sebuah treler kontena.

“Kemudian treler kontena tersebut hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan menghimpit sebuah kereta Toyota Vios manakala treler yang membawa muatan besi telah hilang kawalan dan menghimpit sebuah kereta Honda Civic dan sebuah Kereta Naza Citra,” ujarnya.

Zaiham berkata, treler yang membawa muatan besi kemudian terbabas ke kiri menyebabkan muatan yang dibawanya bertaburan di kiri jalan.

Akibat kemalangan tersebut, pemandu treler kontena mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi.

Kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

Berhati-hati ketika lalu KM40-45 Lebuhraya KL-Karak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list