Artikel Terkini

BERJASA terbuka terima tokoh politik setuju agenda, prinsip parti

BERJASA terbuka terima tokoh politik setuju agenda, prinsip parti
BERJASA terbuka terima tokoh politik setuju agenda, prinsip parti 1

BANGI, 6 Syawal 1443H, Sabtu – Parti BERJASA terbuka menerima masuk mana-mana tokoh politik mahupun figura nasional yang bersetuju dengan agenda serta prinsip parti itu.

Ini termasuk penyertaan bekas pemimpin PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang mendaftar sebagai ahli BERJASA pada 1 Mei lalu. 

Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, walaupun penyertaan itu menjadi bualan ramai, ia tidak mengejutkan kerana BERJASA sememangnya telah mencatatkan peningkatan keahlian yang memberangsangkan sejak setahun lalu. 

“BERJASA yang terkenal sebagai sebuah parti kepimpinan baharu yang menampilkan gaya politik berteraskan integriti, hikmah dan mempertahankan watan (tanahair) sentiasa terbuka dan berbesar hati menerima masuk mana-mana tokoh politik mahupun figura nasional yang bersetuju dengan agenda serta prinsip parti

“BERJASA juga sentiasa terbuka dalam membentuk permuafakatan politik baharu yang lebih segar.

“Ini sebagai solusi kepada kemelut kredibiliti dan konflik kestabilan politik yang melanda negara disebabkan ketamakan parti-parti utama besar negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Muhammad Lukman, penyertaan Mohamad Ezam itu diharapkan dapat merancakkan lagi gerak kerja BERJASA terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mohamad Ezam yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan pernah keluar daripada PKR untuk menyertai UMNO selepas tidak lagi sefahaman dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada tahun 2008.

Kemudian, beliau kembali ke pangkuan PKR pada tahun 2020 selepas mendapat permintaan daripada akar umbi yang mahukan beliau membantu parti.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

BERJASA terbuka terima tokoh politik setuju agenda, prinsip parti 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list