Artikel Terkini

BERJASA tumpu kawasan majoriti Melayu ditandingi calon bukan Melayu

BERJASA tumpu kawasan majoriti Melayu ditandingi calon bukan Melayu
BERJASA tumpu kawasan majoriti Melayu ditandingi calon bukan Melayu 1

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 18 Syawal 1443H, Khamis – Parti BERJASA dengan agenda membangun watan berdaulat secara prinsipnya bersedia untuk bertanding di mana-mana kerusi terutama di kawasan majoriti Melayu. 

Ia termasuk kawasan yang ditandingi calon-calon bukan Melayu seperti Alor Setar, Alor Gajah, Simpang Renggam, Wangsa Maju dan lain-lain.

Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim Mohamad berkata, hampir 20 kawasan majoriti Melayu ditandingi calon bukan Melayu dan ini menunjukkan satu fenomena yang tidak sihat. 

“Bagaimana mungkin kita memberikan kepercayaan dan kepimpinan kepada calon bukan Melayu yang kadang-kadang tidak membawa pun aspirasi rakyat. 

“Mereka tidak juga turun untuk bersama-sama dan memahami desakan hidup dan kesusahan rakyat. 

“Dan kita lihat saban tahun, setiap kali PRU, fenomena yang sedemikian tidak berubah selama kita sudah merdeka,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah supaya BERJASA bertanding di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi MCA.

Dalam pada itu, Lukman berkata, BERJASA sangat terbuka untuk melakukan permuafakatan politik dengan mana-mana parti yang membawa aspirasi dan agenda yang sama. 

BERJASA turut mengalu-alukan individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh kebangsaan, bekas penjawat awam dan siapa sahaja yang mendambakan kepimpinan baharu Malaysia. 

Sementara itu, beliau menolak kenyataan bahawa calon BERJASA kurang mampu memenangi hati rakyat.

“Kita boleh bekerjasama, tetapi tidak perlulah kita menafikan mana-mana pengaruh atau mana mana kekuatan yang dimiliki oleh mana-mana parti dan individu tertentu. 

“Tambahan pula Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) ini dilihat sebagai satu medan permainan baharu yang terbuka, boleh dikatakan sukar untuk dijangka. 

“Mana mana individu atau parti politik, saya kira boleh buat kejutan,” katanya.

Beliau berkata, tambahan lagi dengan pelaksanaan Undi18, maka negara akan menyaksikan hadirnya jutaan pengundi pertama kali. 

“Saya rasa ini satu persaingan yang sangat sihat untuk melihat siapakah atau pun parti manakah yang mampu membawa kepada kepimpinan baharu Malaysia dan memberikan manfaat yang terbaik kepada seluruh rakyat negara ini,” katanya.

Berita berkaitan;

BERJASA mesti bertanding di kawasan majoriti Melayu ditandingi MCA PRU15

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

BERJASA tumpu kawasan majoriti Melayu ditandingi calon bukan Melayu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list