Artikel Terkini

Bermusuh Di Medan Perang Tetapi Malam Raya Makan Bersama

Bermusuh Di Medan Perang Tetapi Malam Raya Makan Bersama
Bermusuh Di Medan Perang Tetapi Malam Raya Makan Bersama 1

Andai disoroti sejarah Perang Dunia Pertama, kita akan temui satu peristiwa nadir tetapi amat mencairkan hati. Peristiwa ini disebut sebagai ‘Damai Hari Krismas 1914’. Ia merujuk kepada satu gencatan senjata tidak rasmi antara tentera British dan Jerman yang bermula pada malam 25 Disember.

Ikutkan, sebelum itu lagi suara meminta damai sudah dikemukakan. Paling utama, dibuat oleh Paus Benedict XV pada 7 haribulan. Namun seperti yang dijangka, permintaan itu tidak diendahkan. Perang tetap diteruskan. Hatta ketika malam dan hari perayaan.

Hanya satu kawasan di sempadan barat ini sahaja yang berlainan. Pada malam Krismas, medan Flanders (Belgium) beransur aman. Tembak-menembak dihentikan lalu diganti dengan suara-suara nyanyian – baik dari parit milik tentera British mahupun Jerman.

Lagu seperti Silent Night memenuhi udara lantas suasana raya pun kian terasa. Sampaikan bila pagi menjelma, tentera-tentera Jerman dengan tangan terbuka menghampiri barisan British sambil melaungkan Merry Christmas. Memang awalnya, keramahan itu disikapi dengan curiga. Tetapi selepas melihat mereka hadir tanpa senjata, waspada pun berganti percaya. Masing-masing lantas berhari-raya dengan ceria.

Mereka saling bertukar rokok, berkongsi minuman, dan menikmati hidangan. Bahkan, ada yang siap bermain bola sepak bersama-sama lagi. Hari itu sememangnya berlangsung harmoni – walau cuma bertahan sehari dan tidak berulang lagi… sampailah perang tamat empat tahun kemudian.

Gambar berwarna sambutan Krismas di medan perang masa Perang Dunia Pertama

Dalam Perang Dunia Kedua, tiada peristiwa serupa pernah berlaku – setidaknya yang berskala seperti itu. Kes-kes kecil memang barangkali ada. Bahkan, ada juga yang disahkan benar-benar terjadi.

Salah satunya adalah insiden di Hutan Hürtgen pada tahun 1944. Masa itu (bermula September), sempadan barat Jerman sedang digempur hebat oleh pihak Sekutu – khususnya Amerika Syarikat dan British. Sebagai reaksi, Jerman lantas melancarkan Ofensif Ardennes (yang turut dikenali sebagai Pertempuran Bulge) pada bulan Disember.

Skala operasi ini sememangnya amat besar. Dianggarkan, ia melibatkan lebih sejuta tentera – 500,000 orang dari Jerman, 600,000 orang dari Amerika, dan 55,000 orang dari British. Kasualti perang ini juga boleh tahan tinggi. Amerika misalnya menanggung 19,000 kematian manakala Jerman pula kehilangan 1/5 dari jumlah tentera.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Ini belum termasuk kasualti dalam kalangan orang awam. Bagi Elisabeth Vincken dan anaknya Fritz (12 tahun), mereka terpaksa berlindung di sebuah pondok di Hutan Hürtgen lantaran rumahnya di Aachen (berjarak 37 km) menjadi sasaran Amerika Syarikat.

Sememangnya, pondok itu biasa digunakan setiap kali suami Elisabeth berburu di Hürtgen. Cuma masa itu, dia tiada kerana bertugas dalam angkatan udara Jerman. Justeru sepanjang berlindung, Elisabeth hanya berdua sahaja dengan anaknya.

Tidak pasti sejak tanggal berapa mereka sudah berada di sana. Apa yang pasti, mereka sambut Krismas di situ. Persiapan pula ikutkan memang terjejas. Namun, hidangan malam raya tetap dapat disediakan – walau tanpa ketua keluarga yang kepulangannya dinanti-nantikan.

Poster filem Silent Night (2002), yang mengadaptasi kisah makan malam Krismas ini

Dalam penantian sebegitu, pintu pondok diketuk. Elisabeth pun laju membuka. Tahu-tahu di hadapannya berdiri tiga orang lelaki – dengan seorang daripadanya luka parah. Dalam pelat Perancis, masing-masing memperkenalkan diri sebagai tentera Amerika yang tersesat selama tiga hari di hutan itu.

Mereka meminta izin untuk tumpang berehat. Elisabeth pun pantas membenarkan. Lantas, Henry yang tercedera dibaringkan di katil Fritz sambil dirawat oleh rakannya, Robin. Seorang lagi yang bernama Jim pula membantu Elisabeth menyiapkan juadah di dapur.

Belum lama, pintu sekali lagi diketuk. Fritz yang menjangkakan kunjungan tambahan dari tentera Amerika terus sahaja membuka. Namun, sangkaannya meleset. Kali ini, mereka dikunjungi tiga orang tentera Jerman.

Darah Fritz serta-merta berderau. Mana tidak, undang-undang Jerman menetapkan hukuman mati bagi sesiapa yang melindungi tentera musuh di rumah. Kalau mereka dapat tahu di dalam ada tiga orang tentera Amerika, memang habislah dia dan ibunya.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Apapun, Elisabeth sebagai tuan rumah kekal bertenang. Dia terus ke hadapan, mengucapkan salam sejahtera, dan kemudian bertanyakan tujuan kunjungan. Dengan begitu, tahulah dia yang tentera-tentera Jerman ini pun tersesat dan mahu tumpang bermalam.

Permintaan itu diterima. Cuma kata Elisabeth, “Dalam rumah ini ada tiga tetamu lain yang kalian mungkin tidak suka. Sekarang ini malam raya. Jadi saya minta, untuk malam ini saja, kita lupakan pasal sengketa. Lagipun, mereka semua macam kalian juga. Tersesat. Lapar. Penat. Siap ada yang luka tenat. Kalian pun semua muda-muda, dah macam anak saya. Jadi, saya minta ya.”

Mendengar begitu, tiga tentera Jerman itu pun akur. Senjata lantas diletakkan di luar pintu. Begitu juga milik tentera-tentera Amerika tadi. Dalam pondok yang agak kecil, semua cuba menyelesakan diri – dengan sebahagian merehatkan punggung di atas katil Elisabeth sambil yang lain di meja makan.

Perjumpaan semula Fritz Vincken (kanan) dan Ralph Blank (Henry) pada Januari 1996

Suasana memang tegang pada mula. Namun kerana menghormati malam raya, salah seorang tentera Jerman yang tahu berbahasa Inggeris dan memiliki sedikit pengalaman dalam bidang perubatan cuba memecah kesunyian.

Dia bermula dengan bertanya dan memeriksa luka Henry. Katanya, Henry hilang banyak darah. Cuma mujur, lukanya tidak terkena apa-apa jangkitan. Jadi, dengan rehat yang cukup dan sedikit rawatan rapi, dia boleh sembuh.

Kemudian setelah berbasa-basi, mereka pun beralih ke meja makan yang dipenuhi hidangan ayam dan kentang panggang. Turut dihidang pada malam itu adalah sebotol wain merah dan beberapa potong roti yang dibawa oleh tiga tentera Jerman tadi.

Malam itu, Elisabeth memimpin bacaan doa. Semua pun menadah tangan, sebelum mula makan. Usai makan, Elisabeth mengajak mereka melihat langit malam. Katanya, mahu mencerap Bintang Bethlehem (Bintang Krismas).

Dengan aktiviti sebegitu, perang seakan menjadi satu hal asing buat masing-masing. Betapa siapa sangka, enam orang yang saling bermusuh mati-matian di medan perang boleh berkongsi satu hidangan, satu bintang, dan satu tempat bermalam. Siap mengaminkan doa “rahmati kami” lagi. Memang harmoni habis malam Krismas di pondok keluarga Vincken.

Keadaan itu berlanjutan hingga keesokan pagi. Sebagai sarapan, Elisabeth menghidangkan semangkuk oat setiap seorang. Untuk Henry pula, dia diberi minuman tenaga dari campuran telur, gula dan wain. Malah untuk memudahkan pergerakannya, masing-masing berpakat membuat pengusung dari tiang kayu dan alas meja.

Ronald Reagan di Tanah Perkuburan Kolmeshohe, Jerman

Kemudian bila matahari makin tinggi, masing-masing bersiap untuk beredar. Sebelum berpisah, korporal Jerman sempat menghadiahkan kompas kepada tentera Amerika selepas sama-sama melihat peta dan mencari jalan paling singkat untuk kembali ke pasukan masing-masing.

Elisabeth sendiri sempat menitipkan pesan supaya berhati-hati dalam perjalanan dan mendoakan semua agar dapat pulang ke pangkuan keluarga satu hari nanti. Lantas selepas berjabat tangan, keenam-enam mereka pun beredar hingga hilang dari pandangan.

Kira-kira 40 tahun kemudian, kisah ini diceritakan semula oleh Presiden Ronald Reagan semasa kunjungannya ke Tanah Perkuburan Kolmeshohe, Jerman pada 5 Mei 1985 – selepas peristiwa tersebut ditulis sendiri oleh Fritz Vincken dan disiarkan oleh Reader’s Digest pada Januari 1973 di bawah judul ‘Truce in the Forest’.

RUJUKAN

ABMC. (2020, 23 December). Christmas Eve 1944: a brief moment of peace on the battlefield.

Son, Duy. (2021, 24 December). Christmas dinner between two front lines. News NPR.

Vidar. (2021, 18 September). How the Germans and Americans Shared a Christmas Dinner in 1944. History of Yesterday.

Bermusuh Di Medan Perang Tetapi Malam Raya Makan Bersama 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list