Sedia maklum, pelakon Anita Baharom telah selamat mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Engku Isyamuddin Tuan Losin di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya pagi tadi.
Majlis tersebut dipenuhi dengan 100 tetamu yang dijemput terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Sekadar info, Anita sebelum ini pernah mengahwini penerbit televisyen, Mohd Ismadi Ismail sekitar tahun 2006, namun suaminya meninggal dunia pada Januari lalu.
Manakala, ini merupakan kali kelima suami baru pelakon tersebut mendirikan rumah tangga, selain mempunyai 8 orang anak hasil daripada perkahwinan dengan bekas-bekas isteri sebelum ini.
Susulan perkara ini, ramai juga yang mempertikaikan tindakan Anita mengahwini jejaka berkenaan dan ada juga berkata terlalu awal pelakon yang juga merupakan seorang ibu itu mencari pengganti arwah suami.
Dalam pada ramai yang mengecam, ada sesetengah netizen yang mempertahankan pelakon drama Dunia Baru itu dan merasakan ia adalah hak Anita untuk mengahwini orang lain seandainya sudah bersedia, malah suaminya itu juga merupakan jodoh yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Bahkan, netizen terbabit juga merasakan perkahwinan itu merupakan satu perkara yang baik, jadi tidak perlu untuk orang ramai terus-menerus menghakimi selebriti itu tanpa tahu tentang kehidupannya yang sebenar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo