Artikel Terkini

BN dapat 1+4 dan GPS 1+3?

BN dapat 1+4 dan GPS 1+3?
BN dapat 1+4 dan GPS 1+3? 1

PETALING JAYA – Saiz Jemaah Menteri akan dikurangkan kepada 25 orang dengan BN dan GPS masing-masing diperuntukkan 1+4 dan 1+3.

Sinchew Daily melaporkan, pengagihan jawatan dalam Kabinet adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Untuk PH, PKR akan mendapat 1+4 iaitu jawatan Perdana Menteri berserta empat menteri manakala DAP mendapat lima jawatan menteri,  Amanah dua jawatan menteri dan UPKO satu menteri.

“BN dijangka mendapat 1+4 iaitu satu Timbalan Perdana Menteri dan empat menteri manakala GPS 1+3 iaitu satu Timbalan Perdana Menteri dan tiga menteri,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Kata sumber lagi, baki jawatan menteri akan diagihkan kepada MUDA, Warisan dan GRS menjadikan jumlahnya 25 orang.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong berharap majlis angkat sumpah dapat disempurnakan pada Jumaat, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap diberi lebih banyak masa kerana kerajaan perpaduan membabitkan banyak parti.

Anwar justeru memerlukan masa untuk berbincang dengan ketua-ketua parti bagi memuktamadkan soal pembentukan Kabinet.

“Jika tidak diumumkan pada Khamis, maka mungkin Sabtu atau Ahad supaya majlis angkat sumpah dapat dijalankan pada Isnin,” kata sumber.

Mengikut jadual Anwar, beliau akan balik ke Tambun pada Jumaat untuk berjumpa dengan pengundi di situ.

Dalam pada itu, difahamkan dua calon Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, masing-masing dari BN dan GPS.

“Kemungkinan Ahmad Zahid menjadi TPM adalah tinggi kerana Anwar akan memberi pertimbangan berdasarkan calon yang dikemukakan setiap parti.

“Jika BN mencalonkan Ahmad Zahid, maka sukar untuk Anwar menolak dan ini juga mengambil kira keperluan satu kerajaan yang stabil.

“Salah satu jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah untuk BN dan Ahmad Zahid juga berjasa dalam pembentukan kerajaan perpaduan,” katanya.

Sumber berkata, 25 menteri akan dibantu oleh 25 timbalan menteri, menjadikan jumlah menteri dan timbalan menteri sebanyak 50 orang.

“Saiznya adalah kira-kira 40 peratus lebih kecil berbanding 70 orang menteri dan timbalan menteri semasa kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, PKR juga meminta lebih banyak jawatan diberi kepada parti itu untuk memperkuatkannya.

Selain itu, mesyuarat Majlis Presiden PH baru-baru ini dilaporkan tidak berbincang sama ada “kluster mahkamah” boleh menyertai Kabinet.

“Pertimbangan Anwar adalah kerajaan yang stabil dan pentadbiran yang lancar,” kata sumber. – MalaysiaGazette

BN dapat 1+4 dan GPS 1+3? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list