Artikel Terkini

Buat “Citrus Cleaner” Pelbagai Guna, Pencuci Organik Paling Berkesan

Buat “Citrus Cleaner” Pelbagai Guna, Pencuci Organik Paling Berkesan
Buat "Citrus Cleaner" Pelbagai Guna, Pencuci Organik Paling Berkesan 1

citrus cleaner. Citrus merupakan salah satu ejen pencucu yang kurang dipraktikkan oleh masyarakat kita.Citrus ialah buah yang sesuai dijadikan sebagai pencuci alternatif. Bau yang segar, mempunyai asid yang berfungsi sebagai pembunuh bakteria dan menghilangkan bau busuk

terdapat pelbagai jenama Citrus cleaner di pasaran. Tapi sebenarnya ia amat mudah untuk dihasilkan sendiri. Ummi As pun ada kongsi resepi citrus cleaner super mudah

Resepi citrus cleaner

Nak kongsi cara buat natural all purpose citrus cleaner. Kulit limau rendam bersama cuka semalam dua minggu. Kalau ada pati minyak boleh retak beberapa titisan dan tambah rosmery jika suka. Dah cukup 2 minggu, boleh tapiskan dan air rendaman sedia untuk digunakanBuat "Citrus Cleaner" Pelbagai Guna, Pencuci Organik Paling Berkesan 2 Buat "Citrus Cleaner" Pelbagai Guna, Pencuci Organik Paling Berkesan 4 Buat "Citrus Cleaner" Pelbagai Guna, Pencuci Organik Paling Berkesan 6

Cara guna citrus cleaner

Bancuh citrus cleaner yang teleh siap bersama air bertapis dengan nisbah 1:1.

P/S: Tak perlu bancuh semua pati. Bancuh ikut sukatan atau keperluan sahaja

Boleh gunakan untuk mebersihkan microwave, oven, peti ais, kabinet dapur, door knobs, kaunter dapur

Baca juga: Tambah Garam Halus Dalam Sabun Pencuci Pinggan, Lebih Jimat Dan Hasilkan Buih Banyak


Penggunaan bahan kimia secara berlebihan mungkin akan memberi kesan kepada kesihatan isi rumah, jadi untuk mendapatkan kediaman yang suci bersih tanpa membahayakan kesihatan, mari kita cuba gunakan bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai kelebihan dan kegunaan ini.

Buah lemon bukan sahaja mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi malah ia juga boleh digunakan sebagai bahan alternatif untuk pembersihan kediaman.

Seperti yang dikongsi Fyza Shah, ini antara kegunaan lemon untuk dapatkan dapur yang segar lebih lebih lagi ketika di musim perayaan :

10 Teknik Buat Dapur Segar Berkilat Guna Lemon

Semalam Kak Fyza duk belek majalah Impiana keluaran Jun lepas. Baru perasan ada teknik bagus ni. Lagi -lagi kita nak sambut raya korban tak lama lagi. Mesti ruangan dapur berkecah dan kuat bau daging kan.

Kak Fyza percaya pada bahan asas semulajadi semua berguna janji kita tahu dan ada ilmunya. Lepas ni korang beli lemon selain untuk masakan atau buat air detox, sebaiknya tidak terus dibuang lebihan lemon tu. Banyak sangat kegunaan.

Boleh #Share tips dapur berkilat dengan lemon ni, mudah dan yang penting kita tak bazirkan lebihan lemon kita dah guna.

1- Segarkan peti sejuk
Lemon di potong dua, kulitnya kita kikis dan masukkan ke dalam peti sejuk

2- Loyang karat
Gosok lemon pada loyang yang berbau atau untuk hilangkan kesan karat

3- Pisau dan spatula
Cuci dengan lemon, sebab pisau dan spatula rupanya tak sesuai terlalu kerap kita basuh dengan sabun.

4- Jari kuning berkunyit
Yang ni campurkan lemon dengan baking soda, buat macam doh. Uli kat jari tangan sampai kesan kunyit hilang

5- Jendela berdebu
Ambil lemon kemudian campurkan pada baking soda, tambah air secukupnya. Basuh jendela dengan air campuran tadi. Berkilat memancar cermin tu nanti.

6- Kilatkan lantai
Campurkan lemon dan cuka, mop la sampai lantai bersih. Berkilat kilat lantai dapur.

7- Kulit lemon kau jangan buang, letak dalam kabinet, segar je udara dalam kabinet. Tak hapak.

8- Kalau lantai masih hanyir bau ikan daging, lepas kau siap mop, kau perah lemon sebagai penyudah.

9- Lebihan lemon kau ambil dan gosok cuci papan pemotong supaya tak lekat bau ikan daging

10- Kalau cawan kau ada kesan kopi hitam hitam tu, kau gosok je dengan lemon dan bilas. Memang hilang.

Ini rupanya sebab yang Kak Fyza cari sendiri macam mana lemon memudahkan kerja kita kat dapur.

Kelebihan lemon:
1- Mampu menjadi agen pembersih yang sangat bagus dan hebat sama macam cuka

2- Bauan sitrus dari lemon memberi kesegaran dan kesan energetik pada kita

3- Asid didalam lemon bersifat anti bakteria, anti septik dan merupakan pencerah semulajadi .

4- Minyak yang terdapat pada lemon boleh mencuci dengan bersih dan memberi kesan kilatan. (Konsep hanya minyak menarik kotoran berminyak)

Buat "Citrus Cleaner" Pelbagai Guna, Pencuci Organik Paling Berkesan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo