Artikel Terkini

Bukan khianati Muhyiddin, tapi demi rakyat Sabah – Armizan

Bukan khianati Muhyiddin, tapi demi rakyat Sabah – Armizan
Bukan khianati Muhyiddin, tapi demi rakyat Sabah – Armizan 1

PUCHONG – Tindakan Ahli Parlimen Papar yang meninggalkan Bersatu Sabah bukan kerana mengkhianati parti itu serta Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, keputusan itu diputuskan selepas mengambil kira kepentingan agenda rakyat Sabah yang perlu diperjuang menerusi gagasan politik tempatan iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Tidak ada persoalan kita bermain dua kolam antara Muhyiddin atau Bersatu kerana sasaran kita adalah pengundi di Sabah. Dengan adanya penubuhan GRS, maka sokongan daripada masyarakat di Sabah lebih baik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, orang ramai perlu memahami Perlembagaan GRS yang mempunyai peruntukan berkaitan keahlian terus kepada individu dan kesatuan antara parti

“Perlu difahami hubungan yang unik antara GRS dan Bersatu di Sabah. Penubuhan GRS dapat restu dari Bersatu. Keanggotaan Bersatu Sabah dalam GRS sebagai gabungan juga mendapat restu daripada Bersatu pada ketika itu,” ujarnya.

Jelas beliau, Perlembagaan Persekutuan menerusi Akta Pertubuhan 1966 juga tidak menghalang mana-mana individu untuk menjadi ahli kepada beberapa parti politik.

“Sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan GRS, sudah tentu saya ingin menjadi antara orang pertama yang menyertai GRS sebagai ahli.

“Mengenai bila saya sertai GRS, kelulusan itu saya perlu semak semula tarikhnya kemudian tapi ia diluluskan pada Oktober,” ulasnya.

Beliau turut memaklumkan sehingga kini tidak ada menerima sebarang notis pemecatan daripada Bersatu.

Terdahulu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan empat ahli Parlimen Sabah yang keluar dari Bersatu tidak perlu mengosongkan kerusi memandangkan status mereka ketika ini adalah ahli GRS. – MalaysiaGazette

Bukan khianati Muhyiddin, tapi demi rakyat Sabah – Armizan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list