Artikel Terkini

Cabaran Malaysia dalam pentas BWF 2022 berakhir

Cabaran Malaysia dalam pentas BWF 2022 berakhir
Cabaran Malaysia dalam pentas BWF 2022 berakhir 1

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mempunyai wakil di pentas final Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 selepas dua beregu profesional negara terkandas di saingan separuh akhir, di Bangkok, hari ini.

Beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing ternyata bukan tandingan kepada beregu China, Zheng Si Wei-Huang Qiong apabila tewas mudah 10-21, 15-21 dalam masa 27 minit.

Terdahulu, perlawanan petang tadi menyaksikan beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut tersingkir di separuh akhir selepas dikecewakan oleh juara dunia tiga kali dan juara edisi 2019 dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-17, 13-21, 19-21.

Beregu veteran Indonesia itu yang mendapat jolokan ‘The Daddies’ akan menentang beregu No.11 dunia dari China, Liu Yu Chen-Ou Yuan Yi di pentas final esok.

Beregu China itu mara ke final selepas mengalahkan beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, 22-20, 11-21, 21-19, pada separuh akhir. – BERNAMA

Cabaran Malaysia dalam pentas BWF 2022 berakhir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list