Infotainment

Ceroboh Pusat Kebajikan Orang Tua & Rogol Warga Emas, Pengutip Besi Buruk Ditahan Polis

Ceroboh Pusat Kebajikan Orang Tua & Rogol Warga Emas, Pengutip Besi Buruk Ditahan Polis
Ceroboh Pusat Kebajikan Orang Tua & Rogol Warga Emas, Pengutip Besi Buruk Ditahan Polis 1

Kini Trending

Ceroboh Pusat Kebajikan Orang Tua & Rogol Warga Emas, Pengutip Besi Buruk Ditahan Polis 2

Sekadar gambar hiasan

Seorang pengutip besi buruk ditahan polis kerana disyaki menceroboh dan merogol seorang wanita warga emas di sebuah pusat kebajikan orang-orang tua di Seri Alam, Johor Bahru.

Ceroboh Pusat Kebajikan Orang Tua & Rogol Warga Emas, Pengutip Besi Buruk Ditahan Polis 4

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, pihak polis menerima satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan yang dibuat oleh pemilik pusat kebajikan terbabit pada hari yang sama.

Kejadian berkenaan disedari oleh seorang penghuni pusat kebajikan itu di mana dia ternampak kelibat seorang lelaki di katil mangsa sebelum bertindak memaklumkan perkara terbabit kepada penjaga pusat tersebut.

Pemilik pusat kebajikan berkenaan dimaklumkan oleh penjaga pusat itu bahawa pada 12.30 tengah malam, terdapat seorang lelaki telah menceroboh masuk melalui tingkap bawah pusat berkenaan yang tidak ditutup.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kelihatan seorang lelaki menceroboh masuk dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap warga emas yang sedang tidur.

Susulan daripada itu, pihak polis berjaya menahan individu berkenaan di sekitar kawasan Desa Cemerlang, Ulu Tiram dan pakaian yang di pakai olehnya semasa kejadian turut dirampas.

Ceroboh Pusat Kebajikan Orang Tua & Rogol Warga Emas, Pengutip Besi Buruk Ditahan Polis 6

Sekadar gambar hiasan

Ujarnya lagi, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap lelaki berkenaan adalah negatif, namun terdapat satu rekod jenayah dan tiga lagi rekod berkaitan dengan dadah.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh serta Seksyen 378 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.

Lelaki berusia 45 tahun itu direman selama tujuh hari bermula 11 November 2021 sehingga 17 November 2021 bagi siasatan lanjut.

Sumber : Harian Metro


Ceroboh Pusat Kebajikan Orang Tua & Rogol Warga Emas, Pengutip Besi Buruk Ditahan Polis 8

The following two tabs change content below.


Ceroboh Pusat Kebajikan Orang Tua & Rogol Warga Emas, Pengutip Besi Buruk Ditahan Polis 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo