Artikel Terkini

Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi, Dapat Tajaan RM100,000

Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi, Dapat Tajaan RM100,000
Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi, Dapat Tajaan RM100,000 1

Umum mengetahui, setiap kali menyambut ulang tahun perkahwinan pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan bersanding semula seperti yang sering dilakukan sejak tiga tahun lalu.

Sekali lagi naik pelamin tahun ini, Che Ta meluahkan rasa gembira dapat meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-9 dalam satu majlis gemilang di Glamhall, Damansara.

BACA:“Kalau Orang Nak Mengata, Kecam Pakaian Saya…Biarlah” – Che Ta

Majlis tersebut difahamkan menelan belanja RM100,000 dan ditaja sepenuhnya oleh sahabat baiknya. Che Ta berkata persiapan majlis itu juga diserahkan kepada Anas sepenuhnya.

“Persiapan untuk majlis ini tidakla dirancang lama. Semuanya saya serahkan kepada Anas. Saya hanya pergi untuk buat ukuran baju sahaja.

“Bayangkan untuk belanja makan sahaja mungkin sudah mencecah RM60,000 termasuk kos-kos lain saya rasa mungkin hampir RM100,000. Anas seorang sahabat yang baik. Saya tak terkejut dia nak taja majlis ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, Che Ta tu melancarkan produk terbarunya iaitu Inai Che Ta yang mula berada di pasaran sejak dua minggu lalu.

Berkongsikan rahsia rumah tangga bahagia selepas hampir 10 tahun berkahwin, Che Ta berkata meskipun sibuk dia dan Zain akan keluar makan malam berdua dua kali sebulan.

“Dalam rumah tangga kena give and take. Apa perkara yang dia suka saya kena terima. Kami memang sibuk dengan kerja, tapi mesti tetapkan akan keluar makan malam bersama sekurangnya dua kali sebulan.

“Sebelum ini selalu pergi bercuti, tetapi dalam keadaan sekarang hanya boleh makan malam bersama sahaja,” katanya.

Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana kini berusia 9 tahun. Che Ta turut mempunyai dua anak dari perkahwinan terdahulu, Ammar Affendy, 26 dan Aniq Ezzra, 24.


Che Ta & Zain Saidin Bersanding Lagi, Dapat Tajaan RM100,000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list