Artikel Terkini

Chong Wei sambut kehadiran anak lelaki ketiga

Chong Wei sambut kehadiran anak lelaki ketiga
Chong Wei sambut kehadiran anak lelaki ketiga 1

KUALA LUMPUR – Kehidupan keluarga legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo, hari ini.

Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.

Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 Nov 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.

“Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),” menurut Chong Wei dalam perkongsian itu.

Ikon sukan badminton negara itu pada 2019, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.

Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.

Biarpun telah bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara.- BERNAMA

Chong Wei sambut kehadiran anak lelaki ketiga 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list