Setiap pasangan pengantin pastinya mahu mengabadikan hari bahagia mereka dengan pelbagai kelainan supaya dapat diingati hingga ke akhir hayat.
Jadi, tak salah rasanya untuk kita menabung sedari awal bagi merealisasikan impian masing-masing pada hari persandingan agar menjadi momen terbaik dalam hidup.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang photographer yang ditugaskan untuk mengambil gambar satu pasangan pengantin di hari persandingan mereka.
Apa yang uniknya, pengantin tersebut telah datang ke majlis persandingan dengan menaiki helikopter dan photographer berkenaan dapat merasai sekali pengalaman mengambi gambar diatas awan.
@mattyie1 Hantar Pengantin Dengan Kereta❌ , Hantar Pengantin Dengan Helicopter ✅ . #pengantinviral2022 #kelate #robinsonhelicopter #weddingoftheyear
Hal ini dikongsikan sendiri seorang photographer yang dikenali sebagai @mattyie1 apabila ditugaskan untuk mengambil gambar buat pasangan tersebut semasa di Kelantan.
Dalam video berkenaan, dia duduk di bahagia hadapan bersebelahan dengan juruterbang manakala pasangan pengantin di kerusi belakang.
Tambah @mattyie1 lagi, helikopter tersebut memang disewa khusus oleh pihak lelaki untuk majlis perkahwinan mereka dan ia bukanlah satu beban kerana masing-masing mempunyai kemampuan untuk meraikan hari bahagia mereka.
Sehubungan dengan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen di ruangan TikTok pengguna berkenaan dengan menyuarakan rasa teruja melihat kelainan yang ditonjolkan.
Walau bagaimanapun, ada juga yang menyuarakan pendapat peribadi dengan mengatakan hal tersebut agak berlebihan namun dibantah oleh sesetengah pihak kerana selagi mereka berkemampuan, perkara tersebut tidak salah untuk dilakukan.
Sumber: TikTok @mattyie1
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo