Artikel Terkini

Cuba rempuh anggota, polis tembak kereta penjenayah — MYKMU.NET

Cuba rempuh anggota, polis tembak kereta penjenayah — MYKMU.NET
Cuba rempuh anggota, polis tembak kereta penjenayah — MYKMU.NET 1

Cuba rempuh anggota, polis tembak kereta penjenayah — MYKMU.NET

Cuba rempuh anggota, polis tembak kereta penjenayah

BEAUFORT: Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dinaiki dua pengedar dadah selepas mereka cuba merempuh anggota keselamatan itu dalam kejadian di Kampung Limbawang di sini, malam tadi.

Bagaimanapun dua suspek berusia 31 dan 35 tahun berjaya ditahan selepas kereta mereka terbabas di tepi jalan yang dinaiki air di Jalan Melulugus.

Ketua Polis Beaufort, Yusoff Zaki berkata, sebelum itu sepasukan anggota menjalankan pemerhatian di sebuah rumah tidak bernombor di kampung terbabit kira-kira 8.30 malam.

Katanya, terdapat sebuah kereta Proton Saga dinaiki dua lelaki berada dalam keadaan mencurigakan memasuki kawasan berkenaan.

“Polis menghampiri kereta terbabit dan mengarahkan pemandu (suspek) berhenti namun dia bertindak agresif sebelum memandu laju ke arah pasukan hingga hampir melanggar anggota.

“Polis kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar bagi tujuan keselamatan diri dan menghalang kereta terbabit namun ia memecut laju menghala ke Jalan Melulugus,” katanya ketika dihubungi.

Yusoff berkata, polis kemudian mengejar kereta suspek sehingga ke Jalan Melulugus berhampiran sebuah kolej sebelum ia terbabas.

“Kedua-dua suspek cuba melarikan diri namun berjaya diberkas. Pemeriksaan dalam kereta dinaiki suspek menemui satu peket plastik lut sinar sederhana besar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat 6.11g di atas tempat duduk sebelah pemandu.

“Suspek yang ditahan serta barang rampasan dibawa balik ke IPD Beaufort untuk tindakan lanjut dan suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Katanya, salah seorang suspek dikesan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

“Salah seorang suspek juga mengaku mendapatkan bekalan dadah syabu untuk diedar daripada seorang pengedar tempatan dan polis sedang menyiasat mengenainya. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. FMT

Cuba rempuh anggota, polis tembak kereta penjenayah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cuba rempuh anggota, polis tembak kereta penjenayah — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list