Artikel Terkini

Dah Lama Dapat Gelaran Datuk, Ifa Raziah Lagi Suka Dipanggil ‘Mak Ayam’

Dah Lama Dapat Gelaran Datuk, Ifa Raziah Lagi Suka Dipanggil ‘Mak Ayam’
Dah Lama Dapat Gelaran Datuk, Ifa Raziah Lagi Suka Dipanggil 'Mak Ayam' 1

Rupanya dalam diam, pelakon dan penyanyi Ifa Raziah sebenarnya sudah lama mendapat gelaran Datuk iaitu pada tahun 2016.

Memetik Kosmo!, bagaimanapun Ifa berkata dia lebih selesa tidak menggunakan gelaran tersebut kerana dia mahu dikenali sebagai Ifa Raziah sahaja.

BACA: “Saya Belum Pakai Tudung Tapi Allah Dah Jemput Saya 3 Kali…” – Ifa Raziah

“Sebenarnya dah lama (dapat gelaran Datuk) iaitu 2016 dari negeri Perak. Orang dah cakap tentang perkara ini waktu itu (2016) cuma saya kata, tak payahlah gunakan gelaran tersebut kerana saya nak dikenali sebagai Ifa Raziah.

“Saya dapat gelaran tersebut pun atas nama Saripah Raziah binti Mustapha. Rasmi. Kalau letak gelaran ‘Datuk’ dengan nama panjang begitu, siapa nak kenal? Jadi, sekarang ini saya hanya gunakan nama pentas iaitu Ifa Rafiah,” katanya.

Kata Ifa lagi, dia tidak mahu terlalu menunjuk dia telah dikurniakan gelaran Datuk kerana baginya pangkat bukan segalanya serta mengakui dia dikurniakan darjah Ahli Setia Diraja dari negeri Perak.

“Tidak mengapa, kita ‘low profile’, tak bawa ke mana pun pangkat. Bagi saya sama sahaja. Lagi susah nak minta sponsor (ketawa). Tapi kalau kalian tanya, memang benar dapat gelaran Ahli Setia Diraja,” katanya.

Ditanya adakah dirinya sudah mencapai status jutawan, Ifa berkata disebabkan itu juga dia tidak mahu menggunakan gelaran tersebut kerana dia bukan jutawan.

“Banyak sahaja Datuk yang tak jutawan (tertawa). Pasal itulah, saya tak nak guna gelaran Datuk sebab saya bukan jutawan.

“Biarlah orang nampak, orang nilai sahaja. Gelaran Datuk bukan jalan mudah nak berjaya. Saya suka lagi dengan nama Ifa Raziah ataupun orang panggil saya Miss Diva Pukpukpukk. Bila orang panggil saya Datuk, saya rasa macam tak payahlah. Panggil mak hayam lagi seronok atau ‘mader’.

“Sungguhpun begitu, kalau ada memenuhi undangan majlis-majlis rasmi, saya akan gunakan gelaran Datuk tapi dengan nama penuh. Sekarang dan kebanyakan masa, panggil Ifa Raziah sahaja itu nama pentas saya,” katanya.

Ramai tidak tahu, jenama yang diasaskan oleh Ifa iaitu StarVendors yang beroperasi selama 75 jam tanpa henti sebelum ini pernah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records sebagai “Festival Raya Terpanjang Selama 75 Jam Tanpa Henti”.


Dah Lama Dapat Gelaran Datuk, Ifa Raziah Lagi Suka Dipanggil 'Mak Ayam' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list