Artikel Terkini

Dakwa bohong terima gaji RM1, Anwar saman Ahmad Amzad

Dakwa bohong terima gaji RM1, Anwar saman Ahmad Amzad
Dakwa bohong terima gaji RM1, Anwar saman Ahmad Amzad 1

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Anwar, 75, selaku plaintif memfailkan saman itu hari ini menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dengan menamakan Ahmad Amzad sebagai defendan tunggal.

Peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar ketika dihubungi Bernama berkata saman itu difailkan pada 3.59 petang tadi.

Dalam pernyataan tuntutan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa pada 7 Dis lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.

Dakwa Presiden PKR itu, kenyataan terbabit telah diterbitkan semula di aplikasi TikTok di bawah nama @nelly3868 pada hari sama (7 Dis) dan mendapat tontonan melebihi 4,980 kali, 62 komen, 116 butang “like”, 18 butang “favourite” dan 50 kali perkongsian serta boleh diakses sehingga kini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kenyataan fitnah itu telah dipetik dan diterbitkan oleh Malaysiakini, keesokannya (8 Dis) menerusi artikel bertajuk “S’gor economic adviser job: Anwar seeks public apology from MP”.

Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau (Anwar) tidak boleh dipercayai serta tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada Kerajaan Negeri Selangor sebagai Penasihat Ekonomi, menipu orang ramai dengan menyatakan menerima gaji RM1 sebagai Penasihat Ekonomi serta melakukan kesalahan jenayah dan mengkhianati mandat rakyat.

Anwar mendakwa kenyataan fitnah itu palsu, berniat jahat dan memperlekehkannya yang mempunyai imej sangat disanjungi di peringkat negara dan antarabangsa kerana beliau menentang rasuah.

Beliau mengecam semua dakwaan terhadapnya mengenai penerimaan gaji RM15 juta dan tuduhan jenayah lampau yang dibuat itu adalah bermotifkan politik.

“Dakwaan-dakwaan defendan dalam kenyataan fitnah itu tidak berasas dengan menggambarkan saya bekas banduan, walaupun Pengampunan Diraja telah diberikan,” dakwanya dalam pernyataan tuntutan itu.

Menurut Anwar, dalam mengucapkan kata-kata fitnah itu, defendan dengan jelas sengaja dan berniat jahat apabila tidak mengendahkan jawapan rasmi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mac 2012, yang menyatakan bahawa gaji Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor hanyalah jumlah simbolik RM1.

Plaintif berkata pada 8 Dis lepas, peguam daripada firma guamnya telah mengemukakan notis tuntutan supaya defendan menarik balik, memohon maaf, mengaku janji untuk tidak mengulangi kenyataan itu selain membayar ganti rugi kepada plaintif, namun defendan tidak membalas tuntutan itu.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am dan pampasan serta ganti rugi teruk dan teladan selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.

— BERNAMA

 

Dakwa bohong terima gaji RM1, Anwar saman Ahmad Amzad 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list