Artikel Terkini

Denes, Vimala terima anugerah Golden Visa UAE

Denes, Vimala terima anugerah Golden Visa UAE
Denes, Vimala terima anugerah Golden Visa UAE 1

DUBAI – Pertama dalam sejarah apabila dua selebriti Malaysia iaitu Denes Kumar dan TS Dr Vimala Perumal diberikan anugerah ‘Golden Visa UAE’ oleh  kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Golden Visa UAE merupakan anugerah kepada tokoh-tokoh dunia, pemimpin antarabangsa serta selebriti mengikut kriteria serta ketetapan oleh kerajaan UAE yang membolehkan penerima  bermastautin di negara berkenaan selama 10 tahun dengan pelbagai kemudahan.

Bagaimanapun Golden Visa UAE hanya dihadkan kepada golongan-golongan tertentu sahaja termasuklah selebriti terkenal di dunia.

Pastinya membanggakan apabila Denes yang juga seorang pelakon dan penerbit filem dan drama Tamil tempatan manakala Vimala pula dikenali umum sebagai pengarah filem bertaraf box office serta ahli akademik di Multimedia University, Cyberjaya turut mendapat kelebihan itu.

Denes, Vimala terima anugerah Golden Visa UAE 2

Menariknya, kerajaan UAE telah memberikan anugerah Golden Visa UAE secara berasingan kepada pasangan suami isteri berkenaan.

Bagi Denes, kategorinya sebagai artis manakala Vimala pula dalam kategori pengarah.

Majlis anugerah pemberian Golden Visa UAE itu telah diadakan di ibu Pejabat Imigresen Abu Dhabi yang turut dihadiri oleh pegawai tertinggi kerajaan bereknaan lewat petang semalam.

Denes, Vimala terima anugerah Golden Visa UAE 3
Denes Kumar dan Vimala Perumal, artis tempatan pertama di iktiraf dengan Golden Visa UAE di sebuah majlis oleh kerajaan Abu Dhabi.

MalaysiaGazette yang turut menghadiri majlis itu diberitahu Denes, dirinya bukan sahaja terkejut sebaliknya teruja dengan pemberian Golden Visa yang sejak diperkenalkan sekitar 2019 itu.

“Proses untuk mendapatkan Golden Visa ini bukanlah sesuatu yang mudah walaupun sememangnya kerajaan UAE yang menawarkan peluang ini kepada saya kemudian Vimala namun prosesnya dengan pelbagai syarat ketat sememangya telah memakan masa lebih lapan bulan.

“Hari ini ketika saya dan Vimala diberikan taklimat oleh kerajaan UAE, kata pegawai tertinggi Imigresen, pihaknya mahu kita menganggap Dubai dan Abu Dhabi khasnya sebagai rumah kedua dan mengguna pakai segala kemudahan dan keistimewaan ini untuk kebaikan Malaysia dan UAE sebaik mungkin.

“Dan itu jugalah yang saya dan isteri saya akan lakukan. Ini memang satu penghormatan terbesar dan terhebat untuk kami dan kami dedikasikan pengiktirafan ini untuk seluruh rakyat Malaysia. Pastinya dalam tempoh beberapa tahun akan datang ini, pelbagai inisiatif daripada syarikat produksi kami, Veedu Production akan dilaksanakan oleh kami, nantikannya,” katanya ketika ditemui semalam.

Denes, Vimala terima anugerah Golden Visa UAE 4

Nama Vimala dan Denes juga bukan asing terutamanya dalam kalangan peminat Tamil tempatan malahan luar negara seperti India, Singapura dan lain-lain terutamanya dengan filem sequel Passange yang bukan sahaja mengutip jutaan ringgit sebaliknya memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, produksi Veedu Production milik Denes dan Vimala juga aktif menghasilkan filem Melayu dengan yang terbaru berjudul Hantu Tenggek, mereka juga banyak mengarah dan menerbitkan drama dengan rata-ratanya hit setiap kali ke udara malahan di tayangkan di platform antarabangsa seperti Netflix.

Untuk makluman juga, antara nama-nama besar yang mendapat anugerah Golden Visa UAE termasuklah selebriti terkenal dan ahli korporat terkenal dunia seperti Shah Rukh Khan, Amitabh Bachan, Giorgio Armani, Ragheb Alama, Izu Ani, Najwa Karam, Reif Othman, Bonney Kaapor, Ranveer Singh, Kamal Hassan dan ramai lagi. – MalaysiaGazette

Denes, Vimala terima anugerah Golden Visa UAE 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list