Artikel Terkini

Detik British Melutut Memohon Keampunan Dari Maharaja Mughal

Detik British Melutut Memohon Keampunan Dari Maharaja Mughal
Detik British Melutut Memohon Keampunan Dari Maharaja Mughal 1
Follow our Telegram

Sejarawan menganggap Pengepungan Kut di Iraq semasa Pe.rang Dunia Pertama adalah pe.rang di mana British mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarahnya, lebih-lebih lagi, mereka kalah di tangan tentera “orang sakit Eropah” yakni Empayar Uthmaniyah. Tapi sebenarnya sebelum itu British pernah mengalami kekalahan yang lebih memalukan di India.

Dikepalai oleh orang kaya Inggeris yang licik dan didorong oleh cita-cita dan tamak haloba, Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) tak lebih hanya sekadar penya.mun korporat yang merom.pak sub-benua itu kerana sumbernya yang kaya selama kira-kira 200 tahun.

Detik British Melutut Memohon Keampunan Dari Maharaja Mughal 2
Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Sebab itulah sukar nak dipercayai orang Inggeris yang bangsawan dan ego melangit itu sanggup melutut di hadapan seorang maharaja Dinasti Mughal, memohon keampunan.

Namun itulah yang telah terjadi dalam sejarah, ia berlaku sebagai kisah sampingan dalam Pe.rang Child, atau Pe.rang Anglo-Mughal Pertama yang menyebabkan kekalahan mendadak Inggeris di tangan Mughal.

Kekalahan yang memalukan ini berakar umbi pada awal abad ke-17, yang ditanda oleh banyak pergol.akan di sub-benua itu. Kuasa Mughal telah mula merosot secara beransur-ansur selepas kema.tian Maharaja Shah Jahan dan kebangkitan suku-suku tempatan seperti Maratha, Jat dan Rohilla semakin meningkat.

Pada waktu ini, kebanyakan kuasa-kuasa Eropah seperti Belanda, Perancis, Portugis dan Inggeris turut berpe.rang sesama sendiri untuk merebut hak ketuanan terhadap laluan perdagangan dan komersial baik di darat dan di lautan.

Tetapi penglibatan Inggeris agak terlewat sikit. Sehingga saat itu, mereka telah dihadkan untuk berdagang hanya di beberapa bahagian di pantai Barat India, itu pun di bawah pengawasan ketat pihak Mughal. Kini Inggeris mahu mendapatkan kedudukan yang lebih kukuh di India.

Detik British Melutut Memohon Keampunan Dari Maharaja Mughal 3
Gambar hiasan

Terpengaruh dengan contoh yang mereka lihat dari Portugis yang telah mengaut kekayaan di pantai Timur India, khususnya di Hooghly, EIC menghantar William Hedges untuk bertemu gabenor Mughal di Bengal, Shayista Khan (bapa saudara Aurangzeb) pada tahun 1682.

EIC mahu gabenor mengeluarkan ferman atau titah yang memberikan keistimewaan konsesi dalam bentuk hak perdagangan British yang merentasi Empayar Mughal. Bukan itu saja, Hedges juga mahu gabenor Mughal membatalkan cukai baharu ke atas jongkong import, yang mana EIC perlu membayar untuk eksport India.

Bagaimanapun, isu itu hangat dibahaskan di ibu pejabat EIC di London, dan gabenor EIC di London, Sir Josiah Child, yang juga gabenor Bombay dan presiden Surat (Suryanagari) pada masa itu campur tangan. Terkejut dengan tuntutan yang angkuh itu, Maharaja Mughal, Aurangzeb Alamgir melanggar rundingan.

Child memutuskan untuk berpe.rang melawan Aurangzeb. Beberapa tahun kemudian, pada tahun 1685 British mula menja.rah kapal-kapal Mughal, baik kapal dagang mahu pun kapal yang membawa jemaah haji ke Mekah.

Detik British Melutut Memohon Keampunan Dari Maharaja Mughal 4
Sir Josiah Child

Child yang sombong dan angkuh itu malah mengugut Aurangzeb, dengan menyebut: “I will blow him away from the wind of his bum”.

Tapi ini hanya permulaan. EIC menghantar Laksamana Nicholson bersama Job Charnock untuk menawan pelabuhan Chittagong, mengamankan para zamindar (tuan tanah yang kaya dan berpengaruh) di sana, menubuhkan pusat mencetak syiling dan mengadakan perjanjian dengan pemerintah Arakan, yang mana Chittagong telah dirampas oleh Mughal dari mereka.

Nicholson memerintah armada yang besar dan kuasa be.dilan yang tinggi, dengan kekuatan sejumlah kira-kira 600 askar Inggeris dan 400 askar pribumi dari Madras.

Kemudian, seolah-olah sejarah Mongol Dinasti Yuan menye.rang Jepun sedang berulang, armada Inggeris telah dilanda ribut kencang dan arus deras, yang akan dibawa arus hingga mengheret kapal mereka ke Hooghly, bukan Chittagong.

Ketibaan mereka di Hooghly amat membimbangkan Shayista Khan, yang segera menawarkan diri untuk berunding dengan Inggeris. Sekali lagi, takdir menentukan rundingan itu gagal.

Pergadu.han telah tercetus antara tiga askar Inggeris dengan pegawai Mughal di sebuah pasar di Bandel, mendorong Nicholson mengarahkan tenteranya melepaskan be.dilan yang mensasarkan masyarakat tempatan. Kira-kira 500 rumah mus.nah dan terb.akar, dan terdapat banyak kor.ban.

Rundingan berlarutan dan tentera Mughal yang lebih kuat di darat berbanding di laut, menggunakan masa ini untuk berkumpul dan mengukuhkan armada tentera laut mereka.

Detik British Melutut Memohon Keampunan Dari Maharaja Mughal 5
Maharaja Aurangzeb Alamgir.

Sementara itu, Charnock, yang sedang mengetuai armada EIC, berundur ke pulau Ingelee (muara Sungai Ganges) bersama-sama tenteranya. Dia kehilangan separuh angkatan tenteranya akibat wa.bak berpenya.kit yang tercetus di kawasan berpaya yang membawa ma.ut.

Pada tahun 1688, kapal Inggeris berterusan mencabar dan menye.rang kapal Mughal di Laut Arab, kali ini Kapten Heath tiba di Balasore. Dia membe.dil kota itu dan memus.nahkannya. Dia juga cuba membe.dil Chittagong tetapi gagal kerana Chittagong telah diperkuatkan dengan secukupnya. Heath berundur ke Madras.

Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh Aurangzeb. Baginda memerintahkan segala aset dan harta benda British di sub-benua itu dirampas, dan satu-satunya aset yang tinggal untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris ialah pos perdagangannya di Bombay dan Madras.

Aurangzeb menghampiri untuk memberikan hentaman penamat dan pada tahun 1689 baginda memerintahkan Laksamana Siddi di Janjira, Siddi Yaqut Khan, untuk mengepung kubu British di Bombay. Ia merupakan satu hentaman berganda bagi pihak British – sekatan itu berlangsung selama setahun dan kemudian berlaku kebul.uran yang merag.ut ratusan nyawa.

EIC akhirnya mengangkat bendera putih dan menyerah kalah. Dalam keadaan terhina, mereka menghantar utusan untuk melutut di hadapan Aurangzeb, memohon pengampunan dan menawarkan sejumlah besar wang sebagai bayaran denda. Apa yang lawaknya, mereka dilaporkan berjanji untuk ‘berkelakuan lebih baik’ selepas itu.

Detik British Melutut Memohon Keampunan Dari Maharaja Mughal 6
Utusan Inggeris melutut di hadapan Aurangzeb

Seperti yang kita sedia maklum, penghinaan sebegitu tak pernah memberi pengajaran kepada orang Inggeris. Pada tahun 1690, Charnock meneruskan penubuhan bandar Calcutta. Dan pada tahun 1757, British merampas kawalan ke atas Bengal selepas Pertem.puran Plassey.

Dengan pelbagai siri peristiwa yang akan memutarkan nasib kesemua pihak, ia memberikan EIC lebih banyak kawalan ke atas sub-benua India.

Detik British Melutut Memohon Keampunan Dari Maharaja Mughal 7
Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Pe.rang Anglo-Mughal Pertama ini akan dikenali dengan nama Pe.rang Child berikutan tindakan gabenor EIC di London, Sir Josiah Child yang campur tangan dalam misi Hedges, menyebabkan Maharaja Mughal Aurangzeb melanggar rundingan.

Hanya kemenangan yang membanggakan akan dipaparkan dalam lipatan sejarah, manakala kejadian memalukan seperti Pe.rang Child tak disorotkan dengan terperinci dalam sejarah British.

RUJUKAN:

Erikson, Emily (13 September 2016). Between Monopoly and Free Trade: The English East India Company, 1600–1757. Princeton University Press

Hasan, Farhat (1991). Conflict and Cooperation in Anglo-Mughal Trade Relations during the Reign of Aurangzeb. Journal of the Economic and Social History of the Orient.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Detik British Melutut Memohon Keampunan Dari Maharaja Mughal 8[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list