Artikel Terkini

Dikecam Bingit & Menyampuk Juri, Janna Nick Nafi Try Hard Nak Jadi Kak Lina 

Dikecam Bingit & Menyampuk Juri, Janna Nick Nafi Try Hard Nak Jadi Kak Lina 
Dikecam Bingit & Menyampuk Juri, Janna Nick Nafi Try Hard Nak Jadi Kak Lina  1

Baru saja minggu pertama Famili Duo bersiaran, pengacara program tersebut iaitu Janna Nick dikecam teruk apabila ada yang tidak berpuas hati dengan caranya mengendalikan program berkenaan.

Dikecam bingit serta dilabel suka menyampuk, Janna berkata dia hanya melunaskan tugas sebagai pengacara untuk memastikan program berjalan mengikut masa ditetapkan.

BACA: “Saya Takkan Paksa Orang Untuk Stay, Let Him Go” – Janna Nick

Memetik Kosmo, Janna berkata lagi tindakannya mencelah komen juri adalah mengikut permintaan pihak penerbit. Ujarnya, dia tidak ambil kisah dengan apa yang diperkatakan netizen kerana dia hanya menjalankan tugas sahaja.

“Mungkin orang persoal mengapa saya lebih-lebih sangat dengan juri, buat juri macam kawan-kawan, kenapa kena bersuara bagi pihak peserta? Hakikatnya, itu semua permintaan penerbit.

“Saya selalu dapat watak jahat dan kali ini saya ambil peranan tersebut, terpaksa potong komen serta menyampuk komen huri. Biarlah orang nak cakap apa pun, saya hanya jalankan tugas oengacara bagi memastikan program ini berlangsung selama dua jam,” katanya.

Dikecam Bingit & Menyampuk Juri, Janna Nick Nafi Try Hard Nak Jadi Kak Lina  2

Dalam pada itu, Janna menafikan dakwaan kononnya dia try hard dan cuba meniru gaya pengacaraan Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.

“Saya tak try hard (terlalu mencuba) sebab ini adalah permintaan penerbit apatah lagi hendak menjadi seperti Kak Lina Pom Pom, tidak pernah. Saya tak buat kajian pun cara Kak Lina mengacara. Jika betul-betul nak jadi dia, saya memang akan tiru apa yang Kak Lina buat,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan netizen yang mengecamnya bingit, Janna menjelaskan berlaku masalah teknikal sehingga dia perlu bercakap dengan kuat.

“Itu memang diakui kesilapan sendiri. Pada awal acara, mikrofon saya mengalami masalah sehingga tidak dapat mendengar suara sendiri. Ketika itu saya anggap orang tak dengar, dan bercakap dengan lebih kuat.

“Bila dah tukar mikrofon, baru semuanya kembali normal. Apabila saya melihat komen orang lain, baru saya sedar lontaran suara kuat sebelum memperlahankannya semula,” katanya.


Dikecam Bingit & Menyampuk Juri, Janna Nick Nafi Try Hard Nak Jadi Kak Lina  1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list