Artikel Terkini

“Duit Kahwin Masih Belum Cukup”

“Duit Kahwin Masih Belum Cukup”
“Duit Kahwin Masih Belum Cukup” 1

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera pada hujung tahun ini.

Memetik Oh Bulan, Azri mengatakan perancangannya dengan Dr Azra untuk bernikah tahun ini terpaksa ditangguhkan kerana masih dalam proses menyimpan duit.

BACA: Dah Masuk Disember, Netizen Tunggu Majlis Kahwin Azri Iskandar & Dr Azra

Menurut Azri, dia dan kekasihnya masih lagi berkawan serta menjelaskan dia sibuk dengan penggambaran menjadi punca mereka tidak berkahwin pada tahun ini.

“Saya dan Azra tak mungkin kahwin pada tahun ini. Tetapi kami masih berkawan. Masa itu tak sesuai memandangkan saya sibuk dengan penggambaran pada hujung tahun ini. Saya juga tengah kumpul duit kahwin. Masih belum cukup,” katanya.

Dalam pada itu, Azri berkata dia dan Azra sudah pun mempunyai tarikh baru untuk disatukan sebagai suami isteri.

@melodiberapi

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal berkahwin dengan dengan Dr Azra Diera. Ermmm dah bulan December nie jadi ke tidak eekkk?? #meloditv3 #panas #sensasi #kontroversi #azriiskandarkahwinbaru #drazra #azriiskandar

? original sound – Melodi – Melodi

Sementara itu, menerusi video dimuat naik oleh Melodi menerusi aplikasi TikTok, Azri berkata dia masih kekurangan duit serta berharap dapat mengadakan majlis secepat mungkin,.

“Saya dengan Azra masih kawan macam biasa lagi. Kami tengah simpan duit. Nantilah tunggu, jangka cuti sekolah Disember tapi doakan saya dapat kerja, harap banyak dapat kerja. Kami dah janji nak buat secepat boleh sebab yang paling penting adalah duit sebab belum cukup.

Ditanya sejauh mana cintanya pada Dr Azra, Azri berkata cintanya paling agung adalah pada Allah dan meluahkan rasa syukur kekasihnya itu masih sayangkannya lagi.

“Allah yang tentukan sejauh mana cinta saya dengan Azra, tak boleh nak lebih-lebih sebab cinta saya paling agung adalah pada yang Maha Esa. Azra ini kalau betul jodoh saya, cintalah memang sayang dia dan alhamdulilah setakat ini dia sayang saya lagi, doakan saya ya,” katanya.


“Duit Kahwin Masih Belum Cukup” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list