Artikel Terkini

Dulu Bawa Wira Panas & Bocor, Haneesya Hanee Hadiahkan Proton X70 Buat Keluarga

Dulu Bawa Wira Panas & Bocor, Haneesya Hanee Hadiahkan Proton X70 Buat Keluarga
Dulu Bawa Wira Panas & Bocor, Haneesya Hanee Hadiahkan Proton X70 Buat Keluarga 1

Pelakon dan model, Haneesya Hanee berkongsikan kegembiraannya membeli kereta baru, Proton X70 buat keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Haneesya memuat naik video mengenai keadaan kereta lamaya, Proton Wira yang bocor dan banjir setiap kali memandu dalam cuaca hujan.

BACA: Haneesya Hanee Selesa Pakai Tudung Di Bulan Ramadan, Lelaki Tak Asyik Pandang Badan

“Alhamdulillah Ya Allah. Kereta pertama saya adalah kereta keluarga saya. Bukan niat nak menunjuk, cuma nak kongsi cerita.

“Wira adalah wira kami! Banyak kenangan bersama Wira ini, pahit, manis semua ada! Dah repair Wira berpuluh kali sampai uncle bengkel mampu senyum sahaja bila datang kedai nak betulkan.

“Time panas, macam duduk dalam sauna. Time hujan, satu kereta banjir. Tapi, sebab Wira ini jugalah aku dapat pergi kerja, hantar adik pergi sekolah. But it’s time to have a new addition to the family,” tulisnya.

Menurut Haneesya lagi, menitis air matanya melihat kegembiraan keluarga terutama ibunya. Malah, Haneesya turut berpuas hati usahanya membuahkan hasil.

“To my family I hope you guys love this, our hard work paid off! Best part was saya perhati family saya dari jauh masing masing senyum sampai ke telinga especially mommy sebab mommy memang suka drive merata. Dapat tengok dia senyum lebar dari jauh ya Allah menitik air mata aku,” tulisnya.


Dulu Bawa Wira Panas & Bocor, Haneesya Hanee Hadiahkan Proton X70 Buat Keluarga 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list