Artikel Terkini

Elizabeth Tan Tak Kisah ‘Merempit’ Dengan Suami, Mengaku Dua-Dua Tiada Kereta

Elizabeth Tan Tak Kisah ‘Merempit’ Dengan Suami, Mengaku Dua-Dua Tiada Kereta
Elizabeth Tan Tak Kisah ‘Merempit’ Dengan Suami, Mengaku Dua-Dua Tiada Kereta 1

Elizabeth Tan Tak Kisah ‘Merempit’ Dengan Suami, Mengaku Dua-Dua Tiada Kereta

Ramai sedia maklum bahawa penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu Siew Jim sekitar Mac 2021 dan mereka dilihatkan semakin bahagia selepas lebih setahun bergelar suami isteri.

Artikel Berkaitan: Terkejut Tengok Elizabeth Tan Kongsi Gambar ‘Panas’ Post Wedding Dengan Suami

Artikel Berkaitan: Mengaku Banyak Terima Gambar Tak Senonoh, Elizabeth Tan Mohon Pengikut Untuk Tidak Keterlaluan

Pergi mana-mana naik motor

Elizabeth Tan Tak Kisah ‘Merempit’ Dengan Suami, Mengaku Dua-Dua Tiada Kereta 3

Baru-baru ini, Elizabeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy memuat naik satu video di TikTok miliknya yang menunjukkan keterujaan suaminya untuk mendapatkan set permainan PS5 baharu. Tapi lain pula yang menjadi bualan netizen…

Ini kerana, mereka dilihatkan selamba ke pusat membeli belah dengan menaiki motosikal walaupun dalam keadaan yang hujan. Malah, Lizzy juga tidak segan silu mengakui bahawa dia dan juga suami tidak mempunyai kereta sendiri.

Bila excited dapat beli PS5 tapi kena naik motor (kami berdua memang tak ada kereta sendiri hahahaha).

Angkut helmet baru masuk ‘mall’

Elizabeth Tan Tak Kisah ‘Merempit’ Dengan Suami, Mengaku Dua-Dua Tiada Kereta 4

Perkongsian penyanyi lagu Semua Sudah itu mendapat pujian peminat kerana dia tidak kisah pergi ke mana-mana menaiki motosikal bersama suami malah turut ada yang mengimbau kenangan masing-masing semasa baru mendirikan rumah tangga kerana pernah mengalami situasi sama seperti Elizabeth Tan.

Bukan itu saja, Elizabeth Tan juga sempat membalas komen daripada netizen yang bertanyakan tentang keadaan helmet milik mereka berdua semasa masuk ke dalam pusat membeli-belah kerana risau sekiranya dicuri orang.

Kalau pegi mall helmet bawa masuk sekali ke? Macam mana nak pastikan helmet tu takkan dirembat orang kalau tinggal?

Helmet yang saya bawa masuk helmet baru, helmet lama kami tinggalkan kat motor je hahahaha.

Video

@elizabethtsm

Sanggup weh ? otw balik hujan lebat pulak tu hahahah #fyp

? Funny Song – Cavendish Music

Sumber: TikTok @elizabethtansm

Elizabeth Tan Tak Kisah ‘Merempit’ Dengan Suami, Mengaku Dua-Dua Tiada Kereta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list