Artikel Terkini

Empat negeri tak berubah, Perak semakin pulih

Empat negeri tak berubah, Perak semakin pulih
Empat negeri tak berubah, Perak semakin pulih 1

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan tidak berubah malam ini, manakala di Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir berkurangan.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara di Sungai Miang, Pekan, kekal 141 orang sejak petang tadi.

Di TERENGGANU, sejumlah 37 orang daripada 10 keluarga masih berada di SK Atas Tol di Kuala Terengganu yang menjadi satu-satunya PPS beroperasi ketika ini.

Situasi sama turut berlaku di JOHOR apabila mangsa banjir kekal 91 orang setakat 8 malam ini, dengan tiga PPS masih dibuka di Segamat melibatkan 21 keluarga dan sebuah PPS di Mersing membabitkan tiga keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam kenyataan memaklumkan PPS di Segamat melibatkan Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Kampung Tasek manakala di Mersing di Sekolah Agama Pangkalan Batu.

Di KELANTAN, seramai 2,019 mangsa daripada 637 keluarga di jajahan Pasir Mas berlindung di tujuh PPS malam ini, kekal seperti direkodkan petang tadi.

Sekretariat JPBN memaklumkan seramai 712 orang berada di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong (47), SK Gual Periok (544), Masjid Mukim Padang Licin (69), PPS Putat Tujoh (157), SK Kubang Kual (256) dan SK Sri Kiambang (234).

Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa banjir malam ini menurun kepada 92 orang daripada 22 keluarga berbanding 104 daripada 25 keluarga petang tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) di Hilir Perak, SK Padang Serai di Manjung dan Dewan Orang Ramai Kampung Tebing Tinggi di Kampar.

Sekretariat JPBN memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali di Perak Tengah ditutup pada 2.30 petang tadi. – BERNAMA

Empat negeri tak berubah, Perak semakin pulih 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list