
PETALING JAYA: Penyanyi, Syamel memaklumkan isteri tercinta yang juga penyanyi Ernie Zakri, selamat melahirkan bayi sulungnya sekitar pukul 10.14 pagi tadi.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan penyanyi lagu Lebih Sempurna itu menerusi entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Syukur Alhamdulillah, cinta hati ibu dan daddy selamat dilahirkan jam 10.14 pagi tadi.
“Senang daddy ingat tarikh lahir, 22.02.2022,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, Syamel sempat meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat cahaya mata yang baru dilahirkan itu.
“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie @erniezakri.
“Semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya,” ujarnya.
Menjengah di entri Instagram Ernie, dia turut menitipkan rasa syukur kerana urusan bersalin dipermudahkan olehNya.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan rasa teruja selain menitipkan doa buat bayinya.
“Masya-Allah, Tabarakallah. Tahniah adik Mel dan ibu baby,” komen pelakon Lisa Surihani.
“Alhamdulillah, syukur. Semoga menjadi saham akhirat yang mulia,” komen pengacara Fedtri Yahya.
“Alhamdulillah, tahniah nak & @syamel_official. Selamat datang ke dunia cucuku,” komen penyanyi Anuar Zain.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 26 Mac tahun lalu, di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Baca Artikel Menarik:
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar
Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)
Related
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo