Artikel Terkini

Flat Taman Teluk Indah juga kawasan panas demam denggi

Flat Taman Teluk Indah juga kawasan panas demam denggi
Flat Taman Teluk Indah juga kawasan panas demam denggi 1

SEBERANG PERAI – Blok E, Flat Taman Teluk Indah di Perai di sini bukan sahaja terkenal dengan jolokan flat terkotor di Pulau Pinang malah ia turut diisytihar lokaliti  berpotensi menjadi lokasi kawasan panas demam denggi.

Lebih mengejutkan pemeriksaan Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bermula pukul 10 pagi tadi juga mendapati hampir keseluruhan 20 tingkat flat berkenaan menjadi kawasan pembiakan jentik-jentik.

Ketua Inspektorat Cawangan Penyakit Bawaan Vektor JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, walaupun tiada kematian namun lima kes demam denggi direkodkan di kawasan kediaman itu sejak 6 November lalu.

Flat Taman Teluk Indah juga kawasan panas demam denggi 2
Mohd Wazir.

Jelas beliau, berdasarkan pemeriksaan  di kawasan terbabit, terdapat banyak lokasi berlaku pembiakan nyamuk aedes.

“Hasil pemeriksaan kita mendapati keadaan lantai berlopak, longkang yang tidak diuruskan dengan sempurna serta kawasan-kawasan takungan air punca pembiakan jentik-jentik.

“Kita akan hantar sampel jentik-jentik yang ditemui untuk dianalisis bagi memastikan sama ada tergolong dalam kategori albopictus atau aegypti.

“Ini kerana dalam tempoh hampir satu bulan ini terdapat lima kes demam denggi di sini dan bakal diisytiharkan sebagai kawasan paling berbahaya wabak dalam tempoh dua hari lagi sekiranya ia masih tidak terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai operasi mencegah denggi atau Op Vektor di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Flat Taman Teluk Indah paling kotor di Pulau Pinang

Mohd Wazir berkata, ini merupakan kali keempat operasi seperti itu dibuat di kawasan berkenaan sepanjang tahun ini dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah.

“Kita juga menganjurkan gotong-royong di sini, namun tidak mendapat sambutan daripada penduduk hingga mengakibatkan program tersebut terpaksa dibatalkan beberapa minggu lalu.

“Saya difahamkan blok pangsapuri ini telah wujud lebih 20 tahun lalu dan pernah ditularkan beberapa tahun lepas kerana persekitarannya yang terlalu kotor dan menjijikkan.

Flat Taman Teluk Indah juga kawasan panas demam denggi 3
Penghuni flat punca kawasan kediaman itu kotor sebegini.

“Bagaimanapun, senario itu masih sama hingga ke hari ini dan saya berharap penghuni yang terlibat bekerjasama dalam menangani isu ini daripada terus berlarutan,” katanya.

Untuk rekod, sehingga Minggu Epid (ME) ke-48, Pulau Pinang merekodkan 1,140 kes demam denggi dengan terdapat satu kematian di daerah Barat Daya. – MalaysiaGazette

Flat Taman Teluk Indah juga kawasan panas demam denggi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list