Artikel Terkini

Frore Systems Mahu Membangunkan Komponen Penyejukan Menggunakan Cip Keadaan Pepejal

Frore Systems Mahu Membangunkan Komponen Penyejukan Menggunakan Cip Keadaan Pepejal
Frore Systems Mahu Membangunkan Komponen Penyejukan Menggunakan Cip Keadaan Pepejal 1

Apabila bercakap mengenai sistem penyejukan komputer riba ataupun peranti pintar, ia boleh dikatakan bahawa secara lazimnya cara yang paling cekap untuk mengalirkan haba daripada komponen-komponen didalam ialah untuk menggunakan sistem penyejuk yang menggabungkan bongkah penyejuk dan juga kipas.

Tetapi cara ini dilihat agak bising, khususnya apabila digunakan pada komputer riba, dan untuk peranti pintar yang menggunakan sistem penyejukan pasif, isu thermal-throttling dapat dilihat mengurangkan prestasi peranti tersebut apabila suhu SoC terlalu tinggi.

Terkini, sebuah syarikat yang dinamakan Frore Systems sedang membangunkan sebuah sistem penyejukan keadaan pepejal (solid state) untuk komponen-komponen dalaman yang menggunakan penyejukan pasif sepenuhnya tanpa memerlukan kipas.

Sistem penyejukan ini yang dinamakan Airjet hadir dengan dua model, iaitu Airjet Mini dan juga Airjet Pro yangmana kedua-duanya hadir dengan ketebalan 2.8mm sahaja dan menggunakan gelombang ultrasonik untuk menyejukkan komponen-komponen ini.

Frore Systems Mahu Membangunkan Komponen Penyejukan Menggunakan Cip Keadaan Pepejal
Frore Systems Mahu Membangunkan Komponen Penyejukan Menggunakan Cip Keadaan Pepejal 6

Frore Systems bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Intel dan Qualcomm untuk menyejukkan komponen-komponen mereka dan memastikan bahawa peranti-peranti ini beroperasi pada tahap yang optimum.

Syarikat tersebut turut mengatakan bahawa sistem penyejukan ini boleh dimanfaatkan pada komputer riba, tablet, peranti pintar yang mana peranti-peranti ini boleh mengekalkan rekaan nipis tanpa perlu risau mengenai isu pemanasan melampau.

Airjet mengambil udara daripada ruang-ruang aliran udara yang hadir pada peranti, dimana ia kemudiannya disedut masuk dan udara panas ditolak keluar melalui membran yang bergetar pada frekuensi ultrasonik.

Konsep sistem penyejukan ini dilihat cukup unik dimana syarikat seperti Intel pastinya boleh memanfaatkannya didalam komputer-komputer riba Intel EVO yang hadir dengan rekaan yang serba nipis dan ringan.

Frore Systems Mahu Membangunkan Komponen Penyejukan Menggunakan Cip Keadaan Pepejal 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list