Artikel Terkini

Ganggu Privasi Keluarga, Rosyam Nor Kecewa Dengan Individu Lapar ‘Likes’

Ganggu Privasi Keluarga, Rosyam Nor Kecewa Dengan Individu Lapar ‘Likes’
Ganggu Privasi Keluarga, Rosyam Nor Kecewa Dengan Individu Lapar ‘Likes’ 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor kesal dengan sikap sesetengah individu tidak bertanggungjawab yang melanggar privasi keluarganya.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan, pelakon veteran berusia 55 tahun itu sudah membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung akaun yang menyebar gambar keluarganya itu.

Ganggu Privasi Keluarga, Rosyam Nor Kecewa Dengan Individu Lapar ‘Likes’ 2

“Adakah ini cara untuk mendapat perhatian di media sosial? Mengapa apabila anak saya menghantar meninggalkan komen di akaun berkenaan, namun disekat oleh mereka?,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tidak suka dan kurang gemar dengan tindakan individu tersebut kerana selama ini dia tidak pernah berkongsi gambar isteri dan anak-anak di media sosial untuk menghormati privasi keluarganya.

“Malah, pihak media juga sudah maklum mengenai perkara ini. Malah, saya sudah membuat laporan kepada MCMC untuk tindakan lanjut,” kata Rosyam.

Ganggu Privasi Keluarga, Rosyam Nor Kecewa Dengan Individu Lapar ‘Likes’ 3

Difahamkan, bukan sahaja gambar keluarga Rosyam disebar di akaun TikTok yang tidak bertanggunggjawab, malah rakan selebriti lain turut terkena seperti keluarga Faizal Hussein, Farid Kamil dan banyak lagi.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Duan Nago Bogho yang berlangsung di GSC, Starling Mall, baru-baru ini.

Selain Rosyam, filem arahan Sabri Yunus itu juga dibintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat seperti Asrul Faizal, Jojo Goh, Saidi Sabri, Angeline Tan dan ramai lagi.


Ganggu Privasi Keluarga, Rosyam Nor Kecewa Dengan Individu Lapar ‘Likes’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list