Artikel Terkini

Gangguan komponen elektronik sistem kawalan automatik punca tren gagal gerak

Gangguan komponen elektronik sistem kawalan automatik punca tren gagal gerak
Gangguan komponen elektronik sistem kawalan automatik punca tren gagal gerak 1

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Rel Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya masih mengalami gangguan menyebabkan perkhidmatan di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park telah diberhentikan.

Rapid Rail Sdn.Bhd berkata, atas faktor keselamatan, perkhidmatan di antara kedua-dua stesen tersebut terpaksa diberhentikan apabila gangguan pada sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) Laluan Kelana Jaya mula dikesan pada jam 3.03 petang tadi.

“Setakat jam 8.30 malam ini, perkhidmatan tren perantara dari Stesen LRT Gombak ke Stesen LRT Damai serta dari Stesen LRT Ara Damansara ke Stesen LRT Putra Heights masih berjalan.

“Operasi tren dari Stesen LRT Putra Heights berpatah balik di Stesen LRT Ara Damansara manakala operasi tren dari Stesen LRT Gombak berpatah balik di Stesen LRT Damai sementara perkhidmatan tren akan ditamatkan pada jam 11 malam ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah Rapid Rail lagi, pengumuman mengenai gangguan perkhidmatan telah dilakukan di stesen dan di dalam tren bagi memaklumkan penumpang mengenai status perkhidmatan terkini serta makluman melalui media sosial Rapid KL juga telah dibuat untuk memudahkan penumpang merancang perjalanan mereka menggunakan perkhidmatan alternatif.

Justeru kata Rapid Rail , perkhidmatan bas perantara percuma di antara stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park telah disediakan bagi memudahkan pergerakan penumpang yang terkesan daripada gangguan perkhidmatan ini tanpa sebarang masalah ke destinasi masing-masing.

Menurut syarikat itu, perkhidmatan bas perantara berkenaan akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam bagi menampung penumpang.

“Justeru, pasukan kejuruteraan dan teknikal Rapid Rail, dibantu oleh pihak Thales Group di Kanada selaku pengilang peralatan asal atau OEM, sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar gangguan tersebut.

“Setakat ini, apa yang diketahui adalah terdapat gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren.

“Ini menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park,” jelas kenyataan itu.

Rapid Rail berkata, pihaknya akan memaklumkan status perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dari masa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran-saluran media sosial dan media massa.

Segala kesulitan dialami oleh para penumpang disebabkan oleh gangguan ini amat dikesali dan Rapid Rail memohon maaf atas gangguan perjalanan yang terpaksa ditempuhi semua pengguna perkhidmatannya. – MalaysiaGazette

Gangguan komponen elektronik sistem kawalan automatik punca tren gagal gerak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list