Artikel Terkini

Gesaan ajak berhimpun 8 Disember video lama disebar semula

Gesaan ajak berhimpun 8 Disember video lama disebar semula
Gesaan ajak berhimpun 8 Disember video lama disebar semula 1

KUALA LUMPUR – Polis mengesan penyebaran semula satu video lama di laman sosial dipercayai cuba mencetuskan kegusaran orang awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, rakaman berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan tindakan seorang lelaki memberi ucapan berbaur perkauman di sebuah premis tertutup.

Beliau berkata, menerusi ucapan dalam video itu, lelaki berkenaan menyatakan sebuah perhimpunan akan diadakan pada 8 Disember.

“Semakan mendapati video berkenaan adalah video yang dirakam pada 2018 semasa isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Perhimpunan yang dimaksudkan adalah perhimpunan anti-ICERD yang berlangsung pada 8 Disember 2018 di Dataran Merdeka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata, video itu ditular kembali pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan membangkitkan kegusaran awam dan kekeliruan seolah-olah akan ada perhimpunan dibuat pada 8 Disember ini.

Ujarnya, sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai perhimpunan yang akan diadakan oleh mana-mana pihak pada tarikh tersebut seperti yang digambarkan.

“Polis mengulangi komitmen dalam menjamin keselamatan awam dan bagi tujuan keselamatan masyarakat, tindakan tegas akan diambil jika mana-mana pihak dikesan mengadakan sebarang perhimpunan/perarakan di tempat terbuka yang boleh mengancam ketenteraman awam,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan atau berkongsi lanjut sekiranya menerima video berkenaan.

Tegasnya, mana-mana individu yang dikesan menyebarkan video terbabit boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Kesekssan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – MalaysiaGazette

Gesaan ajak berhimpun 8 Disember video lama disebar semula 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list