Artikel Terkini

Guna ‘Rupa’ Umpan Wanita, Ini Sebab Ted Bundy Tersenarai Antara 7 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia!

Guna ‘Rupa’ Umpan Wanita, Ini Sebab Ted Bundy Tersenarai Antara 7 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia!
Guna ‘Rupa’ Umpan Wanita, Ini Sebab Ted Bundy Tersenarai Antara 7 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia! 1

Guna ‘Rupa’ Umpan Wanita, Ini Sebab Ted Bundy Tersenarai Antara 7 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia!

Pada tahun 1974, pasukan polis di Pacific Northwest, Amerika Syarikat berada dalam keadaan panik apabila beberapa wanita di kolej di seluruh Washington dan Oregon dipercayai hilang. Kehilangan tersebut boleh dikatakan hampir setiap bulan.

Susulan daripada itu, pihak polis berjaya menemui beberapa petunjuk mengenai dalang di sebalik kejadian tersebut. Pada masa yang sama, beberapa wanita telah melaporkan bahawa mereka cuba diumpan oleh seorang lelaki. Kebanyakan daripada wanita tersebut memberi gambaran yang sama mengenai lelaki itu. Menurut mereka, lelaki tersebut seorang yang kacak dan berkarisma.

Mengenalkan diri sebagai Ted

Guna ‘Rupa’ Umpan Wanita, Ini Sebab Ted Bundy Tersenarai Antara 7 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia! 3

Hasil soal siasat oleh pihak polis, pemuda tersebut mengumpan kesemua wanita itu menggunakan sebuah kereta jenis Volkswagen Bettle berwarna coklat. Empat orang individu juga telah menghubungi pihak polis dan memberi maklumat mengenai individu tersebut. Hasil risikan, lelaki tersebut dikenali sebagai Ted Bundy.

Menurut polis, empat orang individu itu terdiri daripada bekas teman wanita Ted, kawan rapatnya dan juga profesor psikologi yang pernah mengajarnya pada suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, pihak polis masih ragu-ragu untuk melihat Ted sebagai suspek dalam kes kehilangan wanita yang berlaku. Hal ini demikian kerana Ted bukan sahaja merupakan seorang pelajar jurusan undang-undang, malah dia juga tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah.

Keraguan pihak polis ini sekali gus memberi kelebihan kepada Ted Bundy untuk meneruskan ‘kerjayanya’ itu sebagai seorang pembunuh bersiri. Sekitar tahun 1970-an, 30 individu dari 7 buah negeri dipercayai telah menjadi mangsa Ted.

Siapa Ted?

Guna ‘Rupa’ Umpan Wanita, Ini Sebab Ted Bundy Tersenarai Antara 7 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia! 4

Ted Bundy merupakan seorang jejaka yang dilahirkan di Vermont, Amerika Syarikat. Dia merupakan putera kepada Eleanor Louise Cowell. Sejak kecil, Ted tidak mengenali siapa bapa kandungnya dan dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya sebagai anak mereka sendiri. Ted juga percaya bahawa ibunya itu merupakan kakak kandungnya. Mereka dua beranak sering menjadi mangsa datuknya yang kejam.

Akibat sering kali dipukul, mereka bertindak melarikan diri ke Washington dan memilih untuk tinggal bersama-sama dengan sepupunya. Ketika itu, Ted baru sahaja berusia 5 tahun. Mereka memulakan kehidupan baru dan ibunya juga berkahwin dengan seorang tukang masak di sebuah hospital iaitu Johnnie Bundy. Bermula dari situlah Ted dikenali sebagai Ted Bundy. Ted sangat benci akan ayah tirinya dan menganggap lelaki tersebut bodoh dan miskin.

Pada tahun 1965, Ted telah menyambung pelajarannya di University of Puget Sound sebelum berpindah ke University of Washington semata-mata untuk mempelajari bahasa Cina. Pada tahun 1968, dia memilih untuk berhenti seketika daripada meneruskan pengajiannya. Ketika itu, dia menghabiskan masanya dengan melawati bahagian pantai timur negara berkenaan. Di situlah dia mendapat tahu bahawa wanita yang dia anggap sebagai kakak itu merupakan ibu kandungnya.

Pembunuhan pertama Ted

Guna ‘Rupa’ Umpan Wanita, Ini Sebab Ted Bundy Tersenarai Antara 7 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia! 5

Semasa di kolej, Ted bertemu dengan seorang gadis bernama Elizabeth Kloepfer yang merupakan seorang setiausaha di kolej perubatan kampus berkenaan. Kedua-duanya dikatakan jatuh cinta antara satu sama lain. Sekitar tahun 1973, Ted meneruskan pengajian di University of Puget Sound dalam jurusan undang-undang. Namun begitu, dia dipercayai mula ponteng kelas selepas beberapa bulan dia memulakan pengajian. Ketika itu jugalah dia mula berjinak-jinak dalam kes pecah rumah, rogol, penculikan dan pembunuhan.

Ted dipercayai telah memecah masuk ke apartmen seorang pelajar dan penari yang berusia 18 tahun iaitu Karen Sparks dan bertindak memukulnya dengan rod besi. Serangannya itu menyebabkan Karen pengsan dan ketika itulah, syaitan mula merasuk diri Ted dan dia telah menggunakan rod besi tadi secara seksual ke atas gadis malang itu. Insiden berkenaan menyebabkan Karen koma selama 10 hari. Malah, dia juga dipercayai terpaksa menanggung kecacatan kekal.

Manakala pembunuhan pertama Ted bermula sebulan selepas serangan pertamanya terhadap Karen. Ted dipercayai memecah masuk ke sebuah apartmen yang didiami oleh Lynda Ann Healy, pelajar University of Washington. Dia kemudiannya memukul gadis itu sehingga pengsan sebelum dibawa masuk ke keretanya. Kelibat Linda di kediaman tersebut merupakan kali terakhir sebelum pihak polis berjaua menemui serpihan tengkoraknya selepas itu. Ted turut mensasarkan beberapa pelajar perempuan di kawasan berkenaan sebagai mangsanya.

Taktik yang digunakan

Guna ‘Rupa’ Umpan Wanita, Ini Sebab Ted Bundy Tersenarai Antara 7 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia! 6

Foto mangsa Ted Bundy

Kebiasaannya, taktik yang digunakan oleh Ted adalah dengan cara menumpangkan pelajar wanita ataupun meminta bantuan mereka bagi memasukkan sesuatu ke dalam keretanya. Jika ada yang termakan dengan taktik kotornya itu, mangsa kemudiannya akan dipukul sehingga tidak sedarkan diri. Kemudian, Ted akan mengikat dan seterusnya merogol dan membunuh mereka tanpa belas kasihan.

Mayat mereka yang bernasib malang itu seterusnya akan dibuang ke kawasan terpencil seperti di kawasan hutan. Namun begitu, ia tidak berakhir di situ sahaja. Pada waktu lapang, Ted akan ‘menziarahi’ tempat-tempat berkenaan dan memuaskan nafsunya dengan melakukan hubungan seks bersama dengan mayat yang sedang mereput. Ted juga akan memotong kepala mangsa yang dirasakan dapat memuaskan nafsunya dan menyimpan tengkorak berkenaan di dalam biliknya.

Tengkorak-tengkorak inilah yang menemani Ted pada waktu malam. Antara wanita yang menjadi mangsa Ted pada ketika itu ialah Donna Gail Manson, Susan Elaine Rancourt, Roberta Kathleen Parks, Brenda Carol Ball dan Georgann Hawkins. Kes kehilangan beberpa pelajar perempuan, menyebabkan pihak polis melakukan siasatan secara besar-besaran. Malah, beberapa agensi kerajaan juga membantu pihak polis untuk mengesan mereka yang hilang.

Penangkapan Ted Bundy

Guna ‘Rupa’ Umpan Wanita, Ini Sebab Ted Bundy Tersenarai Antara 7 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia! 7

Ketika siasatan dilakukan, semakin ramai saksi muncul dan mereka sepakat mengatakan bahawa Ted merupakan penjenayah yang dicari pihak polis. Demi menyelamatkan diri, Ted berpindah ke Salt Lake City apabila dia diterima masuk ke sebuah sekolah undang-undang di Utah. Di Utah, dia masih giat melakukan perkara yang sama di mana dia telah merogol dan membunuh empat wanita muda.

Bekas kekasih Ted, Elizabeth Kloepfer terus menghubungi pihak polis buat kali kedua dan menegaskan Ted Bundy adalah syaitan yang bertopengkan manusia itu. Walau bagaimanapun, pihak polis masih lagi tidak menghiraukan apa yang diperkatakan oleh Elizabeth tadi. Namun begitu, nama Ted muncul sebagai salah seorang suspek utama ketika pihak polis mengumpulkan maklumat berkaitan dengan 5 pembunuhan terbaharu di Utah dan Idaho.

Pada Ogos 1975, pihak polis melakukan sekatan jalan raya dan ketika itu jugalah, Ted melalui kawasan itu. Polis berjaya menemui topeng, gari serta objek tumpul di dalam kenderaannya. Walau bagaimanapun, penemuan itu tidak cukup untuk dijadikan bukti apatah lagi untuk menangkapnya. Ted kemudiannya diletakkan di bawah pengawasan pihak polis. Kereta Volkswagen Beetle milik Ted itu telah dijual dan pihak polis telah menemui rambut milik mangsa-mangsanya yang terbukti sepadan menerusi ujian DNA.

Berbekalkan bukti yang berjaya dijumpai, nama Ted dimasukkan ke dalam senarai suspek dan dia kemudiannya dikenal pasti oleh salah seorang wanita yang hampir menjadi mangsanya suatu ketika dahulu. Dengan itu, Ted Bundy disabitkan atas kesalahan menculik dan menyerang. Dia kemudiannya dihantar ke penjara sementara pihak polis mengumpul bukti untuk mendakwanya berkaitan kes bunuh.

Ted berjaya loloskan diri

Guna ‘Rupa’ Umpan Wanita, Ini Sebab Ted Bundy Tersenarai Antara 7 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia! 8

Antara barangan yang digunakan Ted ketika melakukan jenayah

Penangkapan Ted pada ketika itu bukan penamat bagi kes yang pernah dilakukan. Ini kerana, Ted berjaya melarikan diri sebanyak dua kali daripada tahanan. Menurut laporan dokumentari mengenai Ted, dia tidak digari ketika ditangkap. Hal tersebut disebabkan dia seorang peguam. Namun, selepas enam hari dia berjaya ditangkap semula oleh pihak polis sebelum meloloskan diri buat kali kedua selepas enam bulan daripada tarikh tersebut. Ted menyerang mangsa secara seksual sebelum membunuh dua wanita yang dikenali sebagai

Selepas berjaya meloloskan diri kali kedua, Ted telah membawa diri ke Florida. Seperti biasa, Ted masih melakukan perbuatan yang sama. Dia memecah masuk ke sebuah rumah milik pelajar wanita di University of Florida. Kathy Kleiner dan Karen Chandler. Kedua-duanya mangsa dilaporkan mengalami kecederaan teruk. Bukan setakat wanita, Ted turut menculik seorang budak berusia 12 tahun, Kimberly Diane Leach dan membunuhnya. Pembunuhan tersebut menyebabkan pihak polis berjaya menangkap Ted.

Dalam perbicaraannya, Ted memilih untuk mengabaikan nasihat peguamnya dan orang ramai beranggapan bahawa dia sendiri sengaja sabotaj dirinya itu. Malah, peguamnya sendiri tidak mempertahankannya kerana menganggap dirinya seperti syaitan. Oleh sebab itu, Ted disabitkan atas kesemua tuduhan dan turut dikenakan hukuman mati di penjara Florida. Ketika menghabiskan sisa hidupnya di penjara, Ted didera oleh tahanan lain seperti mana dia mendera mangsa-mangsanya dahulu. Ted turut dirogol oleh 4 orang banduan.

Ketika perbicaraan sedang berlangsung, Ted sempat berkahwin dengan seorang wanita bernama Carole Ann Boone dan dikurniakan seorang anak. Riwayat hidup Ted berkahir apabila dia dihukum di atas kerusi elektrik. Pada 24 Januari 1989, ratusan orang berkumpul di luar mahkamah untuk meraikan kematiannya itu.

Filem Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile

Kisah Ted Bundy ini turut diinspirasikan menjadi sebuah filem yang ditayangkan di Netflix iaitu Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile. Antara barisan pelakon yang membintangi filem tersebut adalah Zac Efron sebagai Ted dan juga Lily Collins.

Sumber: Allthatisinteresting, Kiro7 News, ABC News & Rapid Trailer

Guna ‘Rupa’ Umpan Wanita, Ini Sebab Ted Bundy Tersenarai Antara 7 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list