Artikel Terkini

Guna Telur Untuk Tampal Tangki Bocor, Pakar Terangkan ‘Kesan Buruk’ Buat Begitu

Guna Telur Untuk Tampal Tangki Bocor, Pakar Terangkan ‘Kesan Buruk’ Buat Begitu
Guna Telur Untuk Tampal Tangki Bocor, Pakar Terangkan 'Kesan Buruk' Buat Begitu 1

Pada hari semalam kisah sebuah BMW milik seorang wanita mengalami masalah suhu naik mendadak dan ada lelaki menggunakan telur untuk ‘menampal’ tangki air radiator yang bocor. Kisah yang tular itu telah meraih pelbagai reaksi netizen, ada yang bersetuju dengan cara tersebut, ada juga yang risau ia boleh menyebabkan kereta itu mengalami kerosakan yang lebih teruk.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Artikel Berkaitan:

Hal ini telah menarik perhatian Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal, atau lebih dikenali sebagai ‘Dr. Aid Fawzal’ untuk mengupas perkara itu dengan lebih lanjut. Menurut beliau, memang cara tersebut boleh digunakan dan sudah menjadi kebiasaan buat para mekanik bengkel pada zaman dahulu.

Nyata Dr. Aid lagi, beliau juga pernah berbuat perkara sama sebelum ini. Namun cara tersebut boleh digunakan untuk sementara waktu sahaja — sementara kereta boleh bergerak sampai ke bengkel — bukanlah satu solusi untuk jangka masa panjang.

Guna Telur Untuk Tampal Tangki Bocor, Pakar Terangkan 'Kesan Buruk' Buat Begitu 2

Menurut beliau, semasa cecair telur berada di dalam radiator, cecair itu akan mengeras menjadi pepejal dan menutup lubang bocor tangki air tersebut. Namun, masalah lain pula akan terjadi, kerana cecair itu akan ‘merebak dan melekat’ di waterpump, thermostat dan enjin.

Bagi mengatasi masalah tangki radiator yang bocor, Dr.Aid menyaran kepada orang ramai untuk menggunakan Holts Radweld Plus Total Cooling System Leak Repair, produk berasaskan kuprum itu boleh menutup lubang di dalam radiator dengan lebih baik dan kekal berbanding ‘cecair telur’.

Anda boleh lihat lagi penerangan penuh beliau melalui dua rakaman video yang dikongsikan di bawah. Sebelum mengakhiri perkongsiannya, Dr.Aid menyatakan ada masalah lebih ‘besar’ jika menggunakan telur.

“Telur kalau kita biar dua-tiga hari dekat tepi rumah, kan boleh busuk. Jadi bayangkan kalau telur dalam radiator, busuklah dia lagi,” seloroh beliau.

Hal itu turut diakui oleh beberapa mekanik yang pernah uruskan tangki radiator yang mempunyai telur di dalamnya. Kata mereka, kebanyakkannya radiator itu rosak kerana ‘telur masak’ telah tersumbat ditambah pula air yang berkarat.

Tambah seorang pengguna Twitter lain, selalunya mekanik akan menyarankan untuk tukar radiator baharu terus pada harga berpatutan, kerana ia lebih mudah dan menyenangkan berbanding servis mencuci radiator yang mempunyai telur di dalamnya.

Bagi yang berminat dengan perkongsian teknikal automotif, anda boleh ikuti perkongsian lanjut Dr.Aid Fawzal di Facebook dan Twitter rasminya.

*Ikuti Facebook dan Instagram di VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.


Guna Telur Untuk Tampal Tangki Bocor, Pakar Terangkan 'Kesan Buruk' Buat Begitu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list