Artikel Terkini

Hadir ke mahkamah, Fynn Jamal ulas kes perbicaraan adik Bella

Hadir ke mahkamah, Fynn Jamal ulas kes perbicaraan adik Bella
Hadir ke mahkamah, Fynn Jamal ulas kes perbicaraan adik Bella 1

Sejak kebelakangan ini, kita seringkali mendengar kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.

Ternyata setiap kali kes itu dibicarakan, pasti kita akan terkejut mengenai fakta yang keluar dari mulut saksi yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda.

Antara bukti terkini adalah saksi mengatakan Bella telah diberi makan 20 biji cili padi selama seminggu oleh tertuduh, Siti Bainun Ahd Razali.

Hadir ke mahkamah, Fynn Jamal ulas kes perbicaraan adik Bella 2

Melihat kepada perkembangan kes yang  banyak tak masuk akal, penyanyi Fynn Jamal hadir ke mahkamah bagi mendengar sendiri sesi perbicaraan yang berlangsung pada Rabu lalu.

Fynn atau nama sebenarnya, Nur Affina Yanti Jamalludin meluahkan pandangan bahawa perbicaraan kes tersebut sangatlah pelik jika hendak dibandingkan dengan siri jenayah yang jauh lebih teruk daripadanya sebelum ini.

Hadir ke mahkamah, Fynn Jamal ulas kes perbicaraan adik Bella 3

Selain itu, wanita berusia 40 tahun itu akui pelik apabila mengetahui tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap tapi masih boleh membayar khidmat peguam seramai hampir 10 orang itu.

Mengikut logik fikiran, adalah amat mustahil sekiranya Siti Bainun bergantung harap pada duit sumbangan semata-mata bagi membayar peguam atau mereka melakukan pembelaan secara pronona yakni percuma.

“Apakah amalam-amalan defenden sehingga dibela begini sekali dan bukan untuk Bella?”katanya.

Hadir ke mahkamah, Fynn Jamal ulas kes perbicaraan adik Bella 4

Pelatun lagu Arjuna Beta itu memberikan pandangan peribadi kepada pengikut kes tersebut dengan mengatakan pembelaan untuk adik Bella amatlah mustahil untuk ditegakkan.

Hal ini berdasarkan pemerhatiannya di mana, peguam Siti Bainun seolah-olah mahu bukti segala kenyataan saksi pendakwaan kelima iaitu Yasmin Nahar Mahmood tidak layak dipercayai.

Bukan itu sahaja, malah lebih banyak lagi cuba dipertikaikan oleh wakil peguam tersebut seperti meminta saksi yang hanya bersekolah setakat Tingkatan 2 mencari perkataan tersembunyi dalam laporan kesihatan yang sememangnya ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Sebaik sahaja mengetahui ulasan daripada penyanyi ini, makin bertambah tipis hasrat untuk melihat nasib adik Bella dibela dengan adil.

Sumber: Instagram @fynnjamal


Hadir ke mahkamah, Fynn Jamal ulas kes perbicaraan adik Bella 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list