Artikel Terkini

Hamil Anak Keenam, Datin Shahida Alami Alahan Teruk

Hamil Anak Keenam, Datin Shahida Alami Alahan Teruk
Hamil Anak Keenam, Datin Shahida Alami Alahan Teruk 1

Tular videonya baru-baru ini, isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mengesahkan dirinya kini hamil enam bulan.

Memetik Harian Metro, Shahida berkata usia kandungan sudah mencecah empat bulan dan dia mengalami alahan teruk di awal kehamilan hingga jarang berkongsikan perkembangannya di media sosial.

BACA: Usap Perut, Datin Shahida Hamil Anak Keenam?

“Ya, saya sedang hamil anak keenam, usia kandungan baru masuk tiga ke empat bulan. Saya tidak terlalu gembar-gemburkan mengenai kehamilan ini. Ini kali keenam dan bukannya saya baru hamil anak sulung. Jadi saya menjalani kehidupan macam biasa saja.

“Pada awal kehamilan, saya alami alahan teruk juga, cepat rasa penat, malas dan sebagainya. Sebab itulah kalau ada yang perasan saya sekarang jarang mengemaskini perkembangan terkini di media sosial. Apa yang dimuat naik pun gambar atau video lama,” katanya.

Dalam pada itu, Shahida berkata dia terkejut apabila tular video di media sosial mengenai dirinya hamil apatah lagi dia sudah mempunyai lima orang cahaya mata.

“Cuma itulah bila perkara ini menjadi tular, saya pun rasa pelik. Kita bukan baru hamil, anak pun dah lima orang. Apa pun saya mengucapkan terima kasih atas doa baik-baik yang dititipkan semua. Doakan agar urusan seterusnya dipermudahkan. Memang kami merancang nak enam orang anak.

“Soal jantina saya serahkan kepada Allah SWT. Kami tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan, cuma yang penting mendoakan agar bayi dalam kandungan ini sihat,” katanya.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah selain turut menjaga seorang anak angkat bernama Ameena.


Hamil Anak Keenam, Datin Shahida Alami Alahan Teruk 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list