Artikel Terkini

Hanbok: Netizen China Claim Pakaian Korea Ini Milik Mereka

Hanbok: Netizen China Claim Pakaian Korea Ini Milik Mereka
Hanbok: Netizen China Claim Pakaian Korea Ini Milik Mereka 1
Follow our Telegram

Baru-baru ini, pelakon Korea Selatan Park Shin-hye memuatnaik imejnya memakai pakaian tradisional Korea hanbok di Instagram. Sesiapa yang melihat hantaran beliau pasti teringat peranannya sebagai permaisuri dalam filem The Royal Tailor yang ditayangkan pada 2014.

Tetapi tidak lama selepas hantaran itu dinaikkan, ia mengundang rasa marah dalam kalangan pengguna laman media sosial China. Antara komen pedas yang dilemparkan ialah hanbok ialah versi pakaian tradisional China yang ditambahbaik.

Komen-komen ini kemudiannya dibalas oleh pengguna media Korea Selatan yang menyifatkan komen sebegitu sebagai pendek akal. Tetapi, apakah dakwaan bahawa hanbok versi pakaian tradisional China yang lebih baik itu benar?

Mengikut sejarah, hanbok sebenarnya sudah berusia lebih 2,000 tahun dan wujud semasa era tiga kerajaan di Semenanjung Korea iaitu Goguryeo, Baekse dan Silla. Pakaian ini tidak banyak berubah sehingga hari ini. Jika ada sekalipun perubahan, ia dipengaruhi oleh faktor seperti taraf sosial, status perkahwinan atau usia si pemakai. Yang pasti, ia direka bagi memudahkan pergerakan si pemakainya.

Struktur asas hanbok ialah jeogori (jaket), baji (seluar) dan chima (skirt). Ia boleh dikategorikan sebagai pakaian biasa, pakaian upacara tertentu dan pakaian hari istimewa/kebesaran. Tanpa mengira perbezaan pada setiap kategori, yang pasti bagi kerangka estetik setiap hanbok, ia berkisar kepada kecenderungan orang Korea terhadap alam semulajadi, kemahuan mendapatkan perlindungan dan keberkatan dewa-dewi serta mengikut kod pakaian Confucius. Kod sebegini memberi penekanan kepada kesesuaian dan warna asas hanbok.

Jika diamati reka bentuknya, ia menghasilkan aliran garisan dan sudut yang lancar. Ini dapat dilihat pada lengan baerae yang melengkung (bahagian bawah lengan jaket) dengan sudut tajam pada dongjeong (bahagian berkedut berwarna putih pada kolar jaket). Secara simbolik, ia melambangkan kelembutan dan elegan estetika kebudayaan Korea.

Satu lagi ciri menarik hanbok ialah penggunaan warna terang. Hanbok tradisional mempunyai warna terang yang ada kaitan dengan lima elemen yin dan yang. Lima elemen tersebut ialah putih (besi), merah (api), kayu (biru), hitam (air) dan kuning (bumi).

Selain kaitannya dengan yin dan yang, ia juga melambangkan simbol status, taraf perkahwinan atau usia pemakai. Kebiasaannya, hanbok berwarna terang dipakai oleh kanak-kanak dengan hanbok berwarna lembut dipakai lelaki dan wanita pertengahan usia. Sementara wanita bujang memakai jeogori berwarna kuning dan chima berwarna merah. Bagi wanita yang sudah berstatus ibu pula, hanbok mereka berwarna biru kelasi.

Hanbok: Netizen China Claim Pakaian Korea Ini Milik Mereka 2
Status perkahwinan dan taraf sosial seseorang boleh diketahui dengan melihat jenis hanbok yang dipakainya. Sumber: Prasit Rodphan / Alamy Stock Photo

Di dunia pekerjaan, wanita yang memegang jawatan sebagai matron memakai jeogori dan chima berwarna hijau dan merah. Rakyat biasa hanya dibenarkan memakai hanbok yang diperbuat daripada kapas dan berwarna putih. Bagaimanapun, untuk keraian istimewa seperti Chuseok dan Tahun Baru, mereka boleh menggunakan campuran warna seperti hitam arang dan hijau muda pada hanbok hari berkenaan.

Bagi golongan atasan termasuk bangsawan dan kerabat diraja, mereka boleh memakai hanbok berwarna-warni yang diperbuat daripada sutera (untuk dipakai sepanjang tahun) atau mana-mana bahan ringan berkualiti tinggi pada musim panas.

Usah terkejut jika melihat sulaman corak tertentu pada sesetengah hanbok. Sulaman ini boleh dibikin bagi mewakili hasrat si pemakai. Misalnya, jika anda melihat sulaman peony pada hanbok, ia melambangkan keinginan si pemakainya untuk menjadi orang kaya dan terhormat. Sementara kelawar dan buah delima pula mewakili keinginan mendapatkan kanak-kanak.

Begitupun, usah berangan melihat corak naga, burung phoenix, harimau dan burung jenjang pada hanbok orang biasa semasa era lampau. Ini kerana corak sulaman ini biasanya digunakan untuk hanbok kerabat diraja dan pegawai tinggi kerajaan.

Tetapi semuanya berubah pada akhir abad ke-19. Pada ketika itu, sut dan gaun orang Barat lebih menjadi pilihan sebagai pakaian formal dan kasual – pilihan yang terus kekal sehingga hari ini. Namun begitu, hanbok masih lagi menjadi pilihan untuk hari-hari istimewa seperti Chuseok, hari perkahwinan dan dol (hari lahir pertama kanak-kanak).

Hari ini, hanbok kembali menjadi pilihan terutama dalam kalangan generasi muda. Jika anda melawat Perkampungan Hanok Jeonju dan Istana Gyeongbukgung, usah terkejut melihat pasangan muda memakai hanbok semasa mengadakan lawatan ke situ. Di jalanan, ada wanita yang memakai hanbok moden yang berwarna lebih terang dan mempunyai motif tertentu seperti bulan atau bintang pada jeogori dan chima.

Hanbok: Netizen China Claim Pakaian Korea Ini Milik Mereka 3
Wanita Muslim memakai hanbok semasa melawat Istana Gyeongbukgung.

Salah satu label hanbok moden terkenal ialah Sonjjang Hanbok. Dengan mengintegrasikan fabrik kontemporari seperti denim dan gingham, pereka fesyen Dew Hwang mahu menekankan bahawa hanbok boleh saja menjadi pakaian harian atau kasual yang selesa. Sementara jenama fesyen terkenal Dior pula menghasilkan sebuah gaun berdasarkan idea hanbok untuk Pertunjukan Musim Bunga/Musim Panas Dior 2011.

Selebriti terkenal Korea Selatan turut membantu mempopularkan hanbok moden kepada masyarakat di luar sana. Bagi peminat How Do You Play/Hangout With Yoo, pasti perasan pengacara televisyen terkenal Yoo Jae-suk memakai hanbok moden dalam satu episod bersama kumpulan vokal Korea terkenal SG Wannabe.

Kumpulan K-Pop Korea, BTS juga tidak ketinggalan menggayakan hanbok moden. Mereka memakai hanbok moden bukan saja untuk Anugerah Muzik Melon 2018. Malah, ia turut dijadikan sebagai pakaian mereka semasa menjadi tetamu rancangan bual bicara hiburan BBC, The Graham Norton Show dan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.

RUJUKAN

Fernandez, C. (2020, 30 September). 6 Times BTS Looked Unbelievably Handsome In A Modern Hanbok. KoreaBoo.

Ladner, M. (2021, 13 April). Hanbok: an Introduction to South Korea’s National Dress. The Culture Trip.

Mutzine. A Brief History: Korean Hanbok.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Hanbok: Netizen China Claim Pakaian Korea Ini Milik Mereka 4[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list