Artikel Terkini

Hannah Delisha Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah

Hannah Delisha Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah
Hannah Delisha Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah 1

Mengambil keputusan untuk berhijab tiga tahun lalu, pelakon Hannah Delisha mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah.

Memetik Harian Metro, Hannah berkata dia juga tidak menghakimi mana-mana selebriti wanita yang membuat keputusan untuk membuka hijab.

BACA: Fesyen Bengkung Hannah Delisha Di KLFW Ditegur Netizen

“Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik,” katanya.

Menurut Hannah lagi, dia juga pernah berdepan ujian imannya naik turun serta terkenang ketika sebelum bertudung namun tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.

“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas.

“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah berkata sebelum ini dia tidak memahami maksud komen “semoga istiqamah’ yang sering ditinggalkan oleh netizen.

“Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu.

“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah,” katanya.


Hannah Delisha Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list