Artikel Terkini

Hukum Menjual Daging Korban. Boleh atau Tidak?

Hukum Menjual Daging Korban. Boleh atau Tidak?
Hukum Menjual Daging Korban. Boleh atau Tidak? 1

Apakah hukum menjual daging binatang korban? Artikel ini akan membincangkan berkenaan hukum sama ada boleh atau tidak menjual daging binatang korban.

Pengenalan

Ibadat korban merupakan amalan menyembelih binatang-binatang tertentu pada hari raya Aidiladha atau hari tasyriq seperti lembu, unta, kambing, kerbau dan biri-biri. Amalan ini dilakukan adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah. Amalan ini juga adalah untuk memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dengan anaknya.

Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 27:

“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!”. Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”

Allah menguji mereka dengan meminta mereka mempersembahkan ‘korban’ mereka. Hal itu semata-mata untuk Allah. Korban Habil sahaja yang diterima manakala Qabil tidak. Qabil jadi sangat marah. Dia sangat dengkit. Di sini kita dapat belajar, bila kita buat sesuatu kerana Allah, tidaklah boleh kita biarkan perasaan mengawal kita. Patutnya kita reda dan masih punya harapan.

Inilah sedikit tema dalam ibadat korban. Kita harus buat suatu amalan itu kerana Allah lalu amalan itu wajiblah sesempurna yang kita mampu. Bukannya sambil-lewa. Kita juga harus tawakkal dan reda dengan amalan yang telah kita lakukan. Sekiranya kita tidak reda, maknanya amalan itu tidaklah bersulamkan dengan niat yang ikhlas, akan tetapi perasaan yang mencacatkan amalan tersebut.

Dengan khusus lagi, ibadat korban itu adalah berdasarkan secara terus kepada kisah Nabi Ibrahim dengan anaknya. Allah berfirman dalam Surah as-Saffaat ayat 102:

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Dia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.

Ketika itu umur Nabi Ismail sudah sampai kepada umur yang boleh buat kerja dan membantu pekerjaan Nabi Ibrahim. Maknanya, sudah besar. Nabi Ibrahim bermimpi bahawa baginda kena menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ismail pula reda sekiranya hal itu kena dilakukan secara dalam realiti. Itulah semangat seorang anak yang patuh dan taat dengan suruhan Allah.

Inilah cerita yang selalu kita dengar tentang ibadat korban. Inilah ceritanya. Ketika Nabi Ibrahim hendak menyembelih Nabi Ismail, Nabi Ismail digantikan dengan binatang. Sebab itulah hari ini kita menyembelih binatang pada hari raya Aidiladha bersempena dengan peristiwa ini dan yang paling penting, untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Allah berfirman dalam Surah al-Kautsar ayat 1-3:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Surah al-Kautsar ini secara jelas merupakan dalil suruhan untuk kita melakukan ibadat korban ini. Apakah hukumnya buat korban?

Hukum Korban

Hukum melakukan ibadat korban adalah sunnat muakkad bagi mereka yang mampu. Bagi mereka yang tidak mampu pula diharuskan. Sekiranya ada orang yang mampu, tapi tidak melakukan ibadat korban, hal itu dimakruhkan.

Hal ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim di mana Rasulullah menyembelih dua biri-biri.

Hukum Menjual Daging Korban

Bila sudah korban. Daging korban itu hendaklah diagihkan kepada orang fakir dan miskin. Timbul satu persoalan, apakah hukum sekiranya daging korban itu dijualkan kembali?

Jawapan ringkas daripada Fatwa Wilayah Persekutuan, “Perbuatan menjual kembali daging korban yang diperolehi adalah dilarang jika penerima daging korban tersebut ialah daripada golongan yang kaya. Manakala jika penerima tersebut daripada golongan miskin maka perbuatan tersebut dibenarkan.

Maknanya, kalau orang miskin yang terima daging itu, bolehlah dia menjual kembali. Kalau yang terima daging itu orang kaya, haram dia jual kembali. Ini adalah cerita siapa yang pegang daging tersebut. Kalau orang miskin, boleh dia jual. Kalau orang kaya, tidak boleh.

Walaupun, ulama sepakat menjual daging korban itu haram secara umum. Hal ini ditekankan oleh Imam Nawawi dalam Minhaj Syarah Sahih Muslim, “Disisi Mazhab kami adalah dilarang untuk menjual kulit binatang korban, daging binatang korban dan apa-apa bahagian daripadanya.

Perkara yang sama disebutkan oleh Ibnu Rusyd dalam Bidayah Mujtahid wa Nihayah Muqtasid, “Pada pengetahuanku ulama bersepakat bahawa daging korban tidak boleh dijual.

Tetapi, ada pengecualian daripada hukum umum ini. Sekiranya yang terima daging itu orang miskin, bolehlah dia menjualkan kembali. Sekiranya orang kaya, tidak boleh. Habib Abdul Rahman al-Ba’lawi dalam al-Bughyah al-Mustarshidin berkata:

Bagi golongan yang fakir, membelanjakan bahagian korban yang diterimanya walaupun seperti menjual barang diterima kerana telah menjadi miliknya, berbeza dengan golongan yang kaya tidak dibenarkannya untuk melakukan perkara seperti menjualnya namun ia boleh menggunakan bahagian korban yang diberikan itu dengan cara dimakan, sedekah dan menjamu tetamu walaupun mereka kaya, ini kerana kedudukannya seperi orang yang melakukan korban.”

Sekali lagi disebutkan, lihat kepada ‘siapa’ yang nak menjual daging tersebut. Kalau orang miskin, boleh. Kalau orang kaya, tidak boleh.

Kesimpulan

Hukum menjual daging korban itu haram secara umum. Tetapi, ada pengecualian, sekiranya yang terima itu orang miskin, bolehlah dia menjualkan kembali. Akan tetapi, sekiranya yang terima itu orang kaya, tidaklah boleh dia menjualkan kembali. Sebab, ibadat korban adalah untuk mengagih-agihkan daging itu kepada orang fakir dan miskin.

Rujukan

  1. Hukum Menjual Daging Korban – Muftiwp
  2. Pengertian Qurban Secara Lengkap Dengan Penjelasannya – Amal qurban

Hukum Menjual Daging Korban. Boleh atau Tidak? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list