Artikel Terkini

Hukum Minum Susu Isteri. Boleh atau Tidak?

Hukum Minum Susu Isteri. Boleh atau Tidak?
Hukum Minum Susu Isteri. Boleh atau Tidak? 1

Artikel ini bakal membahaskan tentang hukum minum susu isteri. Ada yang mengatakan perkahwinan terus terbatal sekiranya hal ini terjadi. Ada juga yang mengatakan si suami terus menjadi mahram isteri seperti status anak susuan. Jadi, apakah hukum sekiranya suami minum susu isteri?

Pengenalan

Sebelum itu, mari kita berkenalan dahulu dengan susu ibu. Susu ibu ialah susu yang keluar dari kelenjar mamari yang terletak di payu daranya. Susu yang dikeluarkan itu adalah khas untuk diberikan kepada bayi. Susu ibu merupakan minuman terawal bagi seorang manusia dan sifatnya sangat baik untuk dicerna oleh bayi terutamanya yang berumur 6 bulan hingga 2 tahun. Bahkan, susu ibu lebih baik berbanding susu haiwan dan susu formula untuk diberikan kepada anak.

Ibu sangat digalakkan untuk mengepam susunya sebagai inisiatif kepada anak. Bagi anaknya pula, sangat bagus untuk dia meminum susu ibunya sekurang-kurangnya 6 bulan. Sepanjang masa 6 bulan kelahiran anak juga, WHO menyarankan untuk anak diberikan minum susu ibu sahaja tanpa apa-apa makanan dan minuman lain. Hanya susu ibu.

Banyak kebaikan susu ibu kepada anak, antaranya mengelakkan dia daripada terkena penyakit sindrom mati mengejut, telinga tegah, obesiti, ekzema, diabetes, asma, selesema dan banyak lagi.

Tentang ibu susuan

Hukum menyusukan anak ialah sunat dan agama menuntut ibu untuk melakukannya. Jikalau ibu tidak mampu untuk menyusukan anak kerana sakit dan sebagainya, maka boleh untuk dia meminta orang lain menyusukan anaknya. Islam benarkan hal ini. Allah berfirman dalam Surah Talaq ayat 6:

Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

Allah juga berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 233:

Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu.

Dua ayat al-Quran ini jelas memberitahu kepada kita bahawa boleh untuk ibu memberi anaknya meminum susu daripada orang lain atas keperluan-keperluan tertentu.

Kesannya, anak yang disusu itu terus menjadi mahram kepada yang memberi susu tadi. Rasulullah bersabda:

Mereka yang haram dikahwini kerana keturunan, haram juga dikahwini dengan susuan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, anak susuan itu statusnya seperti anak sendiri kepada orang yang menyusukan dia itu (selain ibunya). Haram untuk berkahwin dengan ibu susuannya, anak kandung ibu susuannya dan lain-lain.

Apa syarat untuk diiktiraf menjadi anak susuan?

Sekurang-kurangnya, anak yang disusu itu merasai 5 kali kenyang dan bayi itu tidaklah melebihi 2 tahun. Cukup dua syarat ini, maka bayi itu automatik menjadi mahram kepada ibu susuan tadi. Bolehlah dia bersentuhan dengan ibu itu tanpa membatalkan air sembahyang dan sebagainya.

Hukum suami minum susu isteri

Sepertimana yang syarat-syarat yang diterangkan tadi. Bagi seorang anak yang nak dijadikan anak susuan, kena penuhi 2 syarat:

  1. Menyusu sebanyak 5 kali kenyang
  2. Anak itu tidak lebih umurnya daripada 2 tahun qamariah

Tahun qamariah ini ialah tahun yang mengikut sistem Islam. Terdapat juga sistem syamsiah. Tetapi, kita ikut sistem Islam.

Sudah terang lagi bersuluh. Suami yang meminum susu isteri tidak akan menjadi mahram isteri secara tiba-tiba kerana suami itu bukannya budak yang berumur 2 tahun qamariah. Suami sudah pun dewasa. Satu syarat tidak dipenuhi, maka langsunglah tidak menjadi isu lagi. Suami takkan menjadi mahram isteri sekiranya suami meminum susu isterinya.

Untuk perbuatan itu sendiri, menurut Fatawa Bin Baz, tidak ada masalah (harus) untuk suami menghisap atau meminum susu isteri.

Tetapi, perlu diingatkan, sekiranya suami meminum susu isteri sehingga anak tidak dapat menyusu dengan cukup dan baik, maka ini tidak digalakkan kerana susu ibu itu adalah hak anaknya untuk diminum.

Menurut fatwa Lajnah ad-Daimah juga mengatakan bahawa suami meminum dan menghisap susu isteri, hukumnya tidak haram dan dibolehkan.

Apa dasarnya? Kerana isteri itu halal untuk suami bersama dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Jelasnya, suami boleh saja meminum susu isteri. Tidak mengesankan apa-apa pun kerana suami tak layak untuk menjadi anak susuan. Jadi, tidak betullah bahawa perkahwinan mereka terbatal, mereka telah tiba-tiba menjadi mahram dan sebagainya. Semua tidak betul.

Penulis tidaklah menggalakkan untuk meminum susu isteri. Tetapi, dari segi hukum ia dibolehkan. Utamakan susu itu diberikan kepada anak.

Kesimpulan

Hukum meminum susu isteri tidak haram dan tidak menjadikan suami itu anak susuan dan mahram tetapi seperti anak susuan.

Rujukan

  1. Fiqh Manhaji
  2. MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Hukum Minum Susu Isteri. Boleh atau Tidak? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list