Artikel Terkini

Hukum Pakai Gelang Kaki (Panduan Lengkap)

Hukum Pakai Gelang Kaki (Panduan Lengkap)
Hukum Pakai Gelang Kaki (Panduan Lengkap) 1

Apakah hukum wanita pakai gelang di kaki? Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan hukum pakai gelang di kaki.

Pengenalan

Gelang kaki sudah lama dipakai terutamanya di Asia Selatan sejak 8 ribu tahun dahulu. Orang India memakai gelang kaki sekali dengan pakaian sari pada hari pernikahan. Orang Mesir purba juga memakai gelang kaki sebelum era dinasti. Orang Barat pula mula berjinak-jinak memakai gelang kaki seawal tahun 1930-an. Mereka memakai gelang kaki jenis kulit.

Gelang kaki ini dipakai di bahagian atas tumit. Gelang kaki amat sinonim dengan wanita. Apa tujuannya memakai gelang kaki? Kalau ikutkan dalam sejarah, orang yang berstatuskan hamba atau rakyat bawahan sahaja yang memakai gelang kaki. Sebabnya adalah untuk mengidentifikasi status mereka sebagai rakyat bawahan. Orang elit dan kaya tidak memakai gelang kaki. Bagi yang zaman sekarang pula, gelang kaki dianggap sebagai perhiasan semata-mata. Walaupun gelang kaki sangat sinonim dengan orang Asia Selatan, sekarang orang Barat seperti Amerika juga sudah mula memakainya.

Perhiasan dalam Islam

Dalam Surah al-A’raf ayat 31-32, Allah berfirman:

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, dan makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?” Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat”. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.

Ayat 41 membicarakan tentang berpakaian ketika melakukan tawaf. Orang Jahiliah, mereka menyangkakan bahawa tidak dibolehkan untuk memakai pakaian yang mereka pakai untuk berbuat dosa. Maka, mereka pun lebih suka untuk telanjang bila melakukan tawaf. Ayat ini adalah jawapan terhadap itu. Nak pergi beribadat (khususnya tawaf dalam konteks ayat ini), kenalah berpakaian baik-baik. Disunatkan juga untuk memakai wangi-wangian.

Ayat 42 pula bercerita tentang perhiasan yang Allah berikan kepada umat manusia. Perhiasan itu adalah manifestasi keindahan Allah. Cumanya, perhiasan itu pastilah mempunyai batasnya. Bukan semua perhiasan itu diterima syarak. Hal itu dipanjangkan dalam hadis Rasulullah. Misalnya, Rasulullah pernah bersabda:

Dua hal ini (emas dan sutera) adalah haram bagi lelaki dan halal bagi perempuan.” (Riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa’ie)

Dalam hadis ini jelas Rasulullah memberitahu secara putus. Emas dan sutera, haram bagi lelaki dan halal bagi perempuan. Lelaki tidak boleh memakai emas dan sutera sebagai perhiasan. Manakala, perempuan boleh. Hal tersebut sangat jelas.

Ada keadaan di mana, memakai perhiasan itu tidaklah dibolehkan sekiranya hal tersebut menaikkan sifat kesombongan seseorang. Hal ini terikat dengan keadaan. Nak nampak gah. Nak nampak lebih baik daripada orang lain. Hal itu tidaklah dibolehkan. Hal itu juga melanggar batas yang sepatutnya. Rasulullah bersabda dalam satu hadis:

Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berpakaianlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak bermegah-megah.” (Hadis riwayat an-Nasa’ie)

‘Tidak bermegah-megah’ itu menunjukkan kebanggaan dan kesombongan ketika memakai perhiasan atau umumnya pakaian tertentu. Hal sebegini perlulah dielakkan.

Hukum pakai gelang kaki

Allah berfirman dalam Surah an-Nur ayat 31:

Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Ayat ini menceritakan tentang ada keadaan pada zaman dahulu di mana perempuan menghentakkan kaki mereka yang dipakainya gelang kaki berloceng untuk menarik perhatian lelaki. Ayat al-Quran tadi menegah hal sedemikian. Ianya dilarang. Mudah kata, hal sebegini melanggar batasan perhiasan.

Dalam al-Mausu’ah al-Kuwaitiyah yang menukilkan kata-kata Ibnu Kathir bahawa perempuan jahiliah dahulu memakai gelang kaki berloceng dan menghentakkan kakinya untuk menarik perhatian lelaki. Hal itu dilarang oleh Allah dalam ayat 31 Surah an-Nur.

Hal ini ditegah bukanlah kerana gelang itu, akan tetapi bermegah-megah dengan perhiasan itu. Itu yang diharamkan. Hal itu samalah dengan hadis Rasulullah di mana baginda menyatakan tidak boleh bermegah-megah.

Umumnya, pemakaian gelang kaki kepada perempuan itu harus, tetapi haram bagi lelaki kerana hal itu sinonim dengan wanita. Perhiasan tersebut biasa dalam kalangan wanita, bukan lelaki.

Kesimpulan

Pakai gelang kaki harus bagi perempuan dan haram bagi lelaki.

Rujukan

  1. The History and Significance of Anklets – Gabrielny
  2. Memakai Perhiasan dalam Islam – Dalam Islam
  3. Hukum Memakai Gelang Kkaki Bagi Wanita – Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Pakai Gelang Kaki (Panduan Lengkap) 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list