Artikel Terkini

Ibu Bapa Malaysia Kongsi Cara Kreatif Simpan Duit Agar Pendidikan & Masa Depan Anak Mereka Terjamin!

Ibu Bapa Malaysia Kongsi Cara Kreatif Simpan Duit Agar Pendidikan & Masa Depan Anak Mereka Terjamin!
Ibu Bapa Malaysia Kongsi Cara Kreatif Simpan Duit Agar Pendidikan & Masa Depan Anak Mereka Terjamin! 1

Ibu Bapa Malaysia Kongsi Cara Kreatif Simpan Duit Agar Pendidikan & Masa Depan Anak Mereka Terjamin!

Menabung demi masa depan anak-anak merupakan langkah yang harus diambil oleh semua ibu bapa. Walaupun, jumlah yang di simpan tidak seberapa namun, ianya merupakan satu usaha mulia untuk menjamin masa depan anak kita. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Sebenarnya ada macam-macam cara yang digunakan oleh ibu bapa di negara kita untuk menyimpan. Ini sebahagian daripada perkongsian mereka.

Nur Athirah Faris – Beli dan simpan emas!

Ibu Bapa Malaysia Kongsi Cara Kreatif Simpan Duit Agar Pendidikan & Masa Depan Anak Mereka Terjamin! 3

Ibu kepada dua cahaya mata, Nur Athirah Faris, 30 memilih untuk menabung dengan cara membeli dan menyimpan emas.

Menurutnya, membeli emas merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan dan ianya pelaburan untuk jangka masa panjang. Oleh itu, cara pelaburan ini sangat selari dengan matlamatnya yang membeli dan menyimpan emas untuk digunakan bagi memenuhi keperluan anak-anaknya pada masa akan datang.

“Anak-anak saya masih kecil lagi jadi, saya dan suami memiliki waktu yang panjang untuk menabung. Setiap bulan suami akan memperuntukkan RM50 untuk setiap seorang anak kami. Saya, kemudiannya menggunakan wang tersebut untuk membeli emas”

Najatul Amira – Didik anak simpan duit dalam tabung.

Ibu Bapa Malaysia Kongsi Cara Kreatif Simpan Duit Agar Pendidikan & Masa Depan Anak Mereka Terjamin! 4

Mudah dan praktik, Najatul Amira, 29, menggalakkan anak perempuannya Nuha Safiyyah untuk belajar menyimpan sendiri melalui tabung khas.

“Penting memberikan pendedahan awal dengan menyediakan tabung khas untuk menarik minat anak menyimpan wang. Jika ada keluar berbelanja di kedai, baki wang tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung. Hasil simpanan tabung tersebut akan disimpan ke akaun anak apabila sampai masanya.

Selain itu, saya juga buka akaun khusus atas nama anak di Tabung Haji agar simpanan wang lebih terjamin terutamanya untuk tujuan pembelajaran, kecemasan dan sebagainya pada masa akan datang.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tak kan kita je nak menyimpan untuk mereka. Anak-anak kenalah belajar menyimpan untuk diri mereka juga,” katanya.

Nasuha Badrul Huzaini – Buka akaun Simpan SSPN!

Ibu Bapa Malaysia Kongsi Cara Kreatif Simpan Duit Agar Pendidikan & Masa Depan Anak Mereka Terjamin! 5

Sebagai wanita bekerjaya, Nasuha Badrul Huzaini, 35, mahu anak-anaknya memiliki masa depan yang cerah. Ibu kepada Arya Qalesha, Anas Malik dan Aivy Sandra ini sangat mementingkan simpanan pendidikan kerana pendidikan yang baik akan melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkredibiliti.

Memilih menyimpan melalui Simpan SSPN, Nasuha menyatakan banyak keistimewaan dan manfaat yang boleh dinikmati dengan menyimpan melalui Simpan SSPN.

“Simpan SSPN sediakan banyak manfaat, antaranya dividen tahunan yang agak memberangsangkan dan perlindungan takaful ke atas pendeposit. Selain itu, terdapat kempen yang diadakan untuk menggalakkan penabungan dan paling penting proses pengeluaran boleh dibuat dengan mudah sekiranya pendeposit berhadapan masalah kewangan dan kecemasan.”

Menurutnya lagi untuk menyimpan dengan konsisten, simpanan di Simpan SSPN dimasukkan ke dalam senarai komitmen bulanan, sama seperti pinjaman rumah atau kereta. Dengan cara ini, dia jadi lebih berdisiplin dan duit dapat dimasukkan ke dalam akaun Simpan SSPN secara konsisten.”

Buka akaun Simpan SSPN & jadi “superhero” anak korang sekarang!

Ibu Bapa Malaysia Kongsi Cara Kreatif Simpan Duit Agar Pendidikan & Masa Depan Anak Mereka Terjamin! 6

Ibu Bapa Malaysia Kongsi Cara Kreatif Simpan Duit Agar Pendidikan & Masa Depan Anak Mereka Terjamin! 7

Seperti yang Nasuha kongsikan menyimpan melalui Simpan SSPN ni banyak sangat kelebihannya. Rugi pulak kalau korang tak buka akaun Simpan SSPN untuk anak korang.

Lagipun PTPTN sedang mengadakan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 sehingga 31 Oktober ini. Ada banyak aktiviti dan promosi yang dijalankan secara dalam talian di seluruh negara.

Jadi, bagi korang yang baru mula merancang nak menabung untuk masa depan dan pendidikan anak-anak korang, inilah masanya. Maklumat lanjut berkaitan Bulan Menabung Simpan SSPN 2022 ada di sini >Bulan Menabung SSPN 2022<.

Korang juga boleh layari Facebook, Instagram dan website PTPTN untuk info terkini mengenai sebarang acara dan promosi yang PTPTN sedang jalankan.

Berminat untuk menyimpan melalui akaun Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus?

Jom muat turun aplikasi PTPTN sekarang melalui link yang disediakan dibawah dan daftar sekarang untuk mendapatkan info dengan lebih mudah dan cepat hanya di hujung jari anda.

App Store: myPTPTN

Google Store: myPTPTN

App Gallery: myPTPTN

Ibu Bapa Malaysia Kongsi Cara Kreatif Simpan Duit Agar Pendidikan & Masa Depan Anak Mereka Terjamin! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list