Berdepan dengan situasi kereta terkunci sendiri dan anak-anak berada di dalam kenderaan tersebut pastinya menimbulkan rasa cuak dan cemas di kalanga ibu bapa, lebih-lebih lagi berada di tempat awam.
Pelbagai tindakan seperti memecahkan cermin kenderaan dan memanggil anggota bomba akan dilakukan oleh mereka dengan sepantas mungkin bagi menyelamatkan permata hati itu daripada mati kelemasan akibat kekurangan oksigen.
Situasi ini dialami oleh seorang wanita apabila dipercayai dua orang anaknya terkunci di dalam kereta Proton Exora, baru-baru ini.
Pun begitu, lain pula yang dilakukan oleh anak-anak wanita itu seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai @asyaazainall yang membuatkan orang ramai terhibur.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, dilihat sekumpulan anggota bomba sedang mengumpil cermin kereta tersebut dan terkejut melihat keadaan dalam kenderaan terbabit dipenuhi bedak, bukannya tangisan.
Selain itu, ia jelas kelihatan keadaan di atas kepala kanak-kanak perempuan itu dipenuhi dengan bedak yang dipercayai hasil ‘kerja sampingan’ abangnya semasa terperangkap.
@asyaazainall alhamdulillah selamat. laju abang bomba sampai 👍 habis satu botol bedak 😭 #fyp #RancakRaya #bomba
Meskipun anggota bomba berjaya meredakan situasi cemas itu dan kanak-kanak perempuan dikeluarkan dari kereta tersebut, kelihatan si abang tidak takut dimarahi oleh ibunya.
Sebaliknya, dia masih sibuk ‘berpesta’ seorang diri di dalam kereta berkenaan.
@asyaazainall Reply to @syasyagone._ buat hal laki ni tanya lagi ” adik okay tak” 🤣 yang adik tetap comel 😍
Difahamkan, orang awam yang berada di lokasi kejadian telah cuba membantu menyelamatkan mereka sementara menunggu kehadiran pihak anggota bomba.
@asyaazainall Reply to @rexkeajib masa ni da call bomba tapi bomba tak sampai lagi 😂. diaorang enjoy main bedak 🤣 #fyp
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Menjengah ke ruangan komen, ramai terhibur dengan gelagat yang dilakukan oleh dua orang kanak-kanak tersebut.
Selain itu, terdapat juga netizen meluahkan kerisauan apabila mendapat tahu mereka terkunci dari dalam kereta berkenaan, meskipun ramai sedia maklum ibu bapa tidak boleh meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan orang dewasa di dalam kenderaan itu.
Sumber: TikTok @asyaazainall
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar